Belajar Corner

 Undang-undang Antarabangsa Part 1

. Is International Law is True Law.

prepared by: Liyana binti Sihar a.k.a Oshin
                    Atiratun Nabilah binti Jamil a.k.a Kakak Amirah
                    Siti Rokiah binti Ibrahim  a.k.a  cik Tomyam


PENDAHULUAN
Undang-undang antarabangsa adalah satu badan undang-undang yang  mengawal kegiatan-kegiatan entiti yang mempunyai keperibadian antarabangsa. Secara tradisi, ianya bermaksud kelakuan dan hubungan dua hala antara negara-negara dunia. Akan tetapi, kini undang-undang antarabangsa juga difahami turut meliputi struktur dan kelakuan pertubuhan antarabangsa  dan, setakatan tertentu, perbadanan-perbadanan multinasional dan individu-individu.
Berdasarkan pendapat yang dikatakan oleh Rosalyn Higgins dalam bukunya Masalah-masalah dan Proses : Undang-undang Antarabangsa dan bagaimana kita menggunakannya (Problems and process: International law and how we use it)   (Higgins R. 1994 : 16) iaitu  undang-undang antarabangsa adalah sistem normatif yang digubal berdasarkan prinsip-prinsip yang sama, prinsip yang diikuti semua, tidak kira sama ada kita kaya atau miskin, berkulit putih atau hitam, beragama atau tidak, atau berasal  dari negara yang maju atau sedang membangun. Keperluan undang-undang antarabangsa kelihatan ketara apabila berlakunya keinginan-keinginan dan kehendak-kehendak yang  berbeza mengikut negara di peringkat antarabangsa. Undang-undang antarabangsa juga adalah perlu bagi mengatur keinginan dan kehendak antara negara yang sering bercanggah ini.
Undang-undang antarabangsa turut mengenalpasti dan meletakkan negara sebagai aktor utama di pentas antarabangsanya . Oleh sebab kewujudan negara membuat anggapan bahawa adanya kawalan dan jajahan terhadap sesuatu kawasan, undang-undang antarabangsa turut berkait dengan pengambilan sesuatu kawasan, immuniti negara dan tanggungjawab undang-undang negara dalam perhubungan mereka sesama sendiri. Undang-undang juga mengambil berat akan layanan sesuatu negara terhadap rakyatnya dalam kawasan jajahan mereka sendiri. Secara langsung, maka wujudnya rejim komprehensif yang mengenai hak kumpulan, layanan terhadap pendatang asing, hak pelarianjenayah pada peringkat antarabangsa, masalah kewarganegaraan dan hak asasi manusia secara amnya. Ianya juga turut meliputi penjagaan sekuriti, stabiliti dan keamanan di peringkat antarabangsa, kawalan senjata, penyelesaian diplomatik terhadap pertikaian yang berlaku dan pengaturan  penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Sekalipun undang-undang antarabangsa ada masanya tidak dapat menggelakkan perperangan, ia sekurang-kurangnya dapat mengawal kelakuan antara pihak-pihak yang berbalah dan menggariskan layanan terhadap tahanan perang. Antara fungsi-fungsi lain undang-undang antarabangsa adalah untuk regulasi isu-isu berkait alam sekitar global, perkongsian global seperti  perairan antarabangsaangkasa lepaskomunikasi global  dan  perdagangan antarabangsa ( Mohd. Radjab. 1963 : 33).
Sementara undang-undang munisipaliti  di dalam sesuatu negara bersifat hierarchikal ataupun vertikal, dengan  badan penggubalan undang-undang (seperti parlimen) yang boleh menguatkuasakan undang-undang terhadap semua, undang-undang antarabangsa pula bersifat horizontal, dengan semua negara berdaulat dan secara teorinya sama taraf. Disebabkan oleh keadaan ini, terdapat masalah asas dalam penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa kerana penguatkuasaannya tertakluk kepada kemahuan negara-negara bersama dan kekuatan negara-negara tersebut dalam penggubalan, kepatuhan dan penguatkuasaan terhadap sebarang undang-undang. Walaupun terdapat pengecualian, secara amnya negara memasuki sesuatu perjanjian berdasarkan kepentingan sendirinya dan keuntungan yang bakal diperoleh, dan bukan disebabkan oleh tanggungjawabnya. Sebagaimanya yang diperkatakan oleh D.W. Greig, undang-undang antarabangsa tidak bolehlah dianggap berasingan daripada faktor politik yang beroperasi dalam perhubungan antarabangsa (http:// mswikipedia .org/wiki/undang-undang _antarabangsa, 16 Februari 2011).
Walaupun terdapat cabang undang-undang antarabangsa , secara lazimnya undang-undang ini  tidak mempunyai sistem kehakiman yang wajib dipatuhi bagi mereka yang melanggar undang-undang ini atau bagi negara-negara yang ingin membawa pertikaian sesama mereka untuk diadili. Ini tidak menafikan bahawa tribunal-tribunal dalam perundangan antarabangsa tidak diwujudkan. Sebagai contoh, kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah sebagai satu cara bagi masyarakat dunia untuk menguatkuasakan undang-undang ke atas mereka yang melanggarnya.

Secara tradisi, hanya negara yang merupakan subjek undang-undang antarabangsa. Akan tetapi, dengan prolifirasi badan-badan yang mempunyai status dwikewarganegaraan ataupun multinasional dalam beberapa dekad kebelakangan ini, mereka telah diiktiraf sebagai pihak-pihak yang relevan juga. Beberapa intepretasi undang-undang hak asasi antarabangsaundang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang perdagangan antarabangsa  (contohnya NAFTA , Bahagian 11) telah turut menyenaraikan badan-badan koporat, dan juga individu.
Undang-undang adalah satu unsur yang mengikat anggota masyarakat turut  bersama-sama dalam pematuhan terhadap pematuhan terhadap nilai-nilai yang diiktiraf dan standard. Hal ini adalah baik permisif bagi membolehkan orang lain untuk membina hubungan sesama mereka sendiri melalui undang-undang yang berkaitan hak-hak dan kewajipan seperti kontrak, paksaan dan hukuman untuk orang-orang yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

ADAKAH UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA ITU UNDANG-UNDANG SEBENAR?
A)    Golongan yang menolak.
Salah satu isu yang paling kontroversi yang telah lama diperdebatkan dan dibahas oleh ahli undang-undang sejak awal perkembangan ilmu ini ialah adakah undang-undang antarabangsa itu merupakan sebahagian daripada undang-undang yang sebenar. Definisi Undang-undang yang sebenar menurut  Sir John Salmon di dalam bukunya, Jurisprudence:
Law as the body of principle recognizes and applied by the state in the administration of  justice”
Undang-undang dalam erti kata yang sebenar adalah sebagai satu cara mengawal masyarakat dan digunakan sebagai alat untuk mengawal tindakan ahli-ahlinya. Kawalan-awalan yang dijalankan dilaksanakan dengan cara-cara yang jelas sepertisuatu hukuman akan dikenakan kepada individu yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.
Walaupun peraturan-peraturan yang mengatur hubungan Negara dikenali sebagai  Undang-undang antarabangsa secara praktiknya selama 200 tahun telah timbul keraguan berkaitan dengan apakah undang-undang antarabangsa itu adalah undang-undang yang sebenar? Para sarjana telah terbahagi kepada dua golongan di mana satu kumpulan menyatakan bahawa undang-undang antarabangsa bukanlah satu ndnag-undang yang sebenarnya. Golongan ini dipelopori oleh Hobbes, Austin, Refendorf dan Bentham.
Austin menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa bukanlah undang-undang yang sebenarnya kerana undang-undang antarabangsa itu sendiri tidak bersifat secara mengikat melalui hukuman pada umumnya kerana padanya hukuman itu adalah peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh sebuah badan legislatif (perundangan) yang berdaulat (J.G. Starke . 1972 : 18) . Jika sekiranya peraturan-peraturan itu tidak dikeluarkan oleh satu badan yang berautoriti  yang berdaulat, maka peraturan-peraturan itu bukanlah peraturan-peraturan yang mempunyai hukuman sebaliknya hanyalah peraturan-peraturan moal atau etika semata-mata  .Menurutnya juga, undang-undang mempunyai dua unsur iaitu undang-undang  adalah suatu perintah yang berlaku ketika adanya kedaulatan dan kekuasaan iaitu kuasa perundangan. Kedua,  pematuhan terhadap undang-undang yang dibuat melalui pemaksaan oleh pihak yang memerintah dengan cara hukuman atas keingkaran mematuhi undang-undang ( F. Isjwara. 1968 : 10) . Austin juga turut berpandangan bahawa undang-undang antarabangsa adalah satu peraturan kod etika dari segi kekuatan moral semata-mata. Tiada unsur kedaulatan pematuhan undang-undang dan tidak satu set hukuman yang jelas atas keingkaran undang-undang antarabangsa. Di samping itu, undang-undang antarabangsa pula tiada unsur penerapan teori umumnya kerana tidak ada kuasa yang dilihat sebagai kuasa perundangan atau bahkan dengan menentukan atas masyarakat Amerika contohnya maka, Austin  menyimpulkan undang-undang antarabangsa bukanlah undang-undang sebenar tetapi hanyalah undang-undang positif yang bersifat antarabangsa dari segi moral dan etika  ( J.G. Starke. 1972 : 18). Oleh itu, undang-undang antarabangsa tidak mempunyai persamaan dengan undang- undang yang sebenar yang boleh dianggap sebagai undang-undang biasa yang mengikat individu dan negara untuk mematuhinya.
Manakala undang-undang menurut Thomas Hobbes pula adalah  undang-undang adalah kaedah perlakuan (roles of conduct) yang obligatori (obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau memaksa (Ahmad Termizi Abdullah. 2009 : 2). Di dalam buku “The Law of Nations“ ,beliau juga turut mengasingkan undang-undang antarabangsa dengan undang-undang yang sebenarnya kerana padanya orang atau sebuah badan yang memegang kekuasaan adalah paling kuat dan tidak boleh dibatasi oleh yang lain maka terbuktilah bahawa kekuasaan yang kedaulatan itu tiada tandingannya. Berbeza dengan undang-undang antarabangsa yang tiada padanya satu kuasa yang mutlak dipegang oleh individu atau badan yang berupaya mengawal selia dan memastikan penguatkuasaan hukuman atas keingkaran undang-undang (http://www.pixi.com/~kingdom/lawintro.html. 16 Februari 2011).
Golongan ini juga  mengatakan bahawa undang-undang antarabangsa bukanlah undang-undang yang sebenarnya. Ia hanyalah merupakan etika atau code of mordity. Menurut pendapat golongan ini, undang-undang mestilah datang daripada kuasa politik tertinggi tetapi di dalam undang-undang antarabangsa, ianya bukan datang daripada kuasa politik tertinggi. Mereka membuat kesimpulan bahawa undang-undang antarabangsa hanyalah Positive International  Mordity. Hujah golongan ini yang mengatakan undang-undang antarabangsa bukanlah suatu undang-undang ialah :
1.      Undang-undang municipal iaitu undang-undang domestik adalah lahir daripada kuasa politik tertinggi banyak sanction ( hak atau kebenaran untuk melakukan sesuatu ) untuk melakukan undang-undang tetapi dalam undang-undang antarabangsa, tiada kuasa politik tertinggi, oleh itu, ia bukanlah suatu undang-undang
2.      Dalam undang-undang municipal, ada satu kuasa perundangan tapi kuasa ini tiada dalam undang-undang antarabangsa. Undang-undang antarabangsa dibentuk melalui adat dan keputusan mahkamah. Jika ada undang-undang, mestilah ada hukuman yang dikuatkuasakan. Undang-undang antarabangsa menggunapakai bilateral treaties dan multilateral treaties. Tiada kuasa besar politik yang memaksa negeri-negeri kecil mengikutinya.
3.      Dalam undang-undang municipal, kuatkuasa undang-undang ( sanction ) adalah elemen asas tetapi dalam undang-undang antarabangsa, tiada kuatkuasa undang-undang untuk melaksanakan treaties
4.      Dalam undang-undang municipal, ada kuasa eksekutif untuk melaksanakan sesuatu keputusan mahkamah dan parlimen. Apa yang dikuatkuasakan di parlimen akan dilaksanakan oleh eksekutif tetapi dalam undang-undang antarabangsa, tiada satu kuasa eksekutif untuk melaksanakan undang-undang ini.
5.      Undang-undang municipal biasanya dipatuhi kerana ada hukuman tetapi di dalam undang-undang antarabangsa, tiada pasukan polis dibentuk untuk melaksanakan hukuman dan jika ketidakpatuhan terhadap undang-undang berlaku, maka Negara atau individu yang terlibat hanya akan dikecam atau ditekan untuk patuh.
6.      Undang-undang antarabangsa tidak ada kemampuan dalam kehakiman. Artikel 59 piagam PBB, ICJ mempunyai kuasa yang terbatas di mana keputusan dalam ICJ hanya mengikat pihak-pihak yang bertikai sahaja ( J. G Starke. 1972 : 19).


B) Golongan yang menyokong.
Undang-undang adalah satu badan yang mengatur tingkah laku manusia yang dilaksanakan oleh badan berkuasa. Jika kenyataan tersebut benar, ini bermakna undang-undang antarabangsa tidak dapat dilaksanakan kerana tiada satu badan berkuasa yang mengatur dalam undang-undang ini. Walaupun ada pandangan yang mengatakan undang-undang antarabangsa bukanlah suatu undang-undang yang sebenarnya, namun, pada pandangan Oppenhiem yang merupakan salah seorang sarjana undang-undang, beliau berhujjah bahawa ramai ahli undang-undang berpendapat bahawa apa sahaja sistem undang-undang mestilah ada keupayaan untuk dilaksanakan dan beliau mengatakan bahawa undang-undang antarabangsa adalah undang-undang sebenar .
Sarjana Barat Lassa Francis Lawrence Oppenheim (1858- 1919), menurutnya juga Peraturan –peraturan untuk mengawal tingkah laku masyarakat dengan persetujuan umum dari komuniti haruslah ditegakkan oleh kekuatan luaran. Menurut definisi ini, terdapat tiga perkara penting bagi kewujudan undang-undang iaitu komuniti, undang-undang yang mengatur perilaku manusia di dalam komuniti itu, dan persetujuan umum bahawa masyarakat bahawa peraturan harus dikuatkuasakan. Ini bermakna tidak perlu peraturan itu diisytiharkan melalui kuasa undang-undang yang menggubal dan mengadili undang-undang tersebut ( Aini Aryani; http://ainiaryani.blogspot.com/2008/04/is-international-law-true-law.html. 16 Februari 2011).
Namun begitu, teori yang diutarakan oleh Austin disanggah dengan:
a)      Ilmu undang-undang sejarah moden  bukanlah adalah  suatu paksaan dalam teori undang-undang secara  umum semata-mata dan telah terbukti bahawa banyak kerajaan persekutuan atau komuniti tanpa kuasa legislatif secara formal, tetap mempunyai satu sistem yang perlu dipatuhi dan ianya tidak berbeza dengan perlaksanan dari hukuman oleh sesebuah negara yang memiliki kuasa legislatif.
b)      Pendapat Austin, sekalipun benar ketika zamannya namun dunia kini beredar mengikut perubahan arus semasa maka pendapat tersebut juga turut berubah sejajar dengan keperluan masa kini.
c)      Teori Austin haruslah dihubungkan dengan perbezaan antara undang-undang antarabangsa dengan undang-undang yang terdapat peruntukan hukuman kerana perlanggaran undang-undang. Sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang antarabangsa , terdapat tindakan-tindakan tertentu yang bersifat diplomatik atau penghukuman sedangkan hukuman itu hanyalah berbentuk moral yang berdasarkan setiap negara sahaja.
d)     Perlanggaran ke atas undang-undang antarabangsa kebiasaannya tidak menimbulkan akibat hukuman terhadap negara yang mengalami kerugian sebaliknya hanya dapat menggunakan asas bertanggungjawab sahaja. Contohya,keistimewaan yang diberikan  kepada Perwakilan Negara Asing untuk menerima kiriman-kiriman baranguntuk kegunaan sendiri tanpa dikenakan cukai ke atasnya ( F. Isjwara. 1965 : 12).

Menurut Oppenhiem lagi, undang-undang mestilah dipatuhi bukan kerana takut pada hukuman tetapi bagi tujuan mengatur kehidupan. Walaupun dalam undang-undang antarabangsa tidak ditetapkan hukuman bagi pelanggaran undang-undang tersebut, namun, pihak-pihak yang terlibat dalam undang-undang ini mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin ketenteraman hidup manusia dan kepentingan sejagat selamat. Masyarakat antarabangsa juga mengakui bahawa undang-undang ini wujud untuk mengatur hubungan antarabangsa.
Selain itu, undang-undang antarabangsa juga diamalkan dalam kehidupan seharian, misalnya pemakaian bendera di kapal-kapal bagi mengenalpasti identiti kapal tersebut contohnya pemakaian bendera Malaysia di kapal menandakan kapal tersebut datangnya dari Malaysia (http://studumfasisis.blogspot.com/2009/03/undang-undang-antarabangsa.html. 16 Februari 2011) .
Ahli sejarah perundangan moden menolak pendapat Austin kerana jelas dalam kebanyakan masyarakat yang tidak mempunyai kuasa legislative rasmi, tetapi mereka mempunyai satu undang-undang yang dilaksanakan dan dipatuhi misalnye penduduk kaum asli. Mereka tidak mempunyai kuasa legislative rasmi seperti yang terdapat di parlimen, tetapi mereka mempunyai satu undang-undang yang perlu dipatuhi bagi menjamin kesejahteraan mereka.
Dari sudut realitinya, tidak ada Negara yang hanya bergantung kepada undang-undang bertulis. Terdapat juga Negara yang menggunakan undang-undang yang tidak bertulis misalnya di England yang menggunakan Common Law.


PANDANGAN ISLAM MENGENAI UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA
Al-Quran dalam mendefinisikan kekuasaan mengikut Islam menggunakan kalimah ‘al-ardh’, al-mulk, serta ‘al-hukm’ . Kalimah ini penting bagi menunjukkan terdapatnya satu kuasa iaitu kuasa Islam disamping terdapatnya kuasa-kuasa lain seperti Barat. Terdapat banyak kisah yang telah dipaparkan melalui kalamullah yang mana intipatinya melibatkan undang-undang antarabangsa. Ini termasuklah melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh dua kerajaan samaada bilateral atau multiliteral.
Berbanding undang-undang antarabangsa, undang-undang antarabangsa Islam disepakati oleh para pengamal undang-undang  sebagai satu undang-undang yang sah. Ini berdasarkan pengaplikasian undang-undang ini yang berkait rapat dengan syariah iaitu satu tunjuk arah yang utama didalam Islam, dan juga berpandukan perjanjian dan perhubungan luar yang telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi.
a)                  Pengaplikasian Undang-Undang Antarabangsa
Islam merupakan agama yang terdiri dari tiga unsur paling besar iaitu akhlak, akidah dan syariah dan Undang-undang Islam antarabangsa bergantung secara sepenuhnya kepada kuasa negara Islam yang dikawal oleh syariah. Syariah lah yang mengawal sistem yang terdapat di dalam negara Islam. Walaupun sistem ini terdedah dan digunapakai oleh kedua- dua triti, bilateral dan multilateral di dalam setiap urusan yang menghubungkan negara Islam dengan negara luar, namun  ia tetap akan terikat dengan syariah.
Hukum fiqh akan menguruskan setiap kehidupan manusia samaada secara zahir ataupun batin. Walau bagaimanapun besarnya penerimaan terhadap undang-undang antarabangsa Islam, namun syariah jugalah yang akan menjadi aspek paling penting dimana setiap apa yang ditetapkan melalui undang-undang ini tidak dapat lari dari landasan syariah (Muhammad Hamidullah, 1963:4).
Nabi Muhammad S.A.W telah diutuskan sebagai rahmat bagi seluruh alam yang membawa teladan kepada manusia dengan menyampaikan satu jalan undang-undang sejagat iaitu syariah yang merupakan satu aturan hidup yang menjadi landasan kepada perundangan dan segala-gala urusan yang merentas semua bangsa, sempadan negara, bahasa dan boleh diterima oleh semua. (Rohimi Hj. Shafi’ie. http://pkukmweb.ukm.my/fuu/images/stories/rohimi.pdf. 11 Febuari 2011).
Begitu juga, taat kepada pemimpin adalah selama-mana pemimpin tersebut taat kepada perintah Allah swt dan Rasulnya, dan berhukum dengan syariat Allah swt. Sebagaimana firman Allah Taala, didalam surah al-Maidah,


zNõ3ßssùr& Ïp¨ŠÎ=Îg»yfø9$# tbqäóö7tƒ 4 ô`tBur ß`|¡ômr& z`ÏB «!$# $VJõ3ãm 5Qöqs)Ïj9 tbqãZÏ%qムÇÎÉÈ  
Maksudnya, sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Begitu juga, firman Allah menerusi surah Saad, ayat 26,
ߊ¼ãr#y»tƒ $¯RÎ) y7»oYù=yèy_ ZpxÿÎ=yz Îû ÇÚöF{$# Läl÷n$$sù tû÷üt/ Ĩ$¨Z9$# Èd,ptø:$$Î/ Ÿwur ÆìÎ7®Ks? 3uqygø9$# y7¯=ÅÒãŠsù `tã È@Î6y «!$# 4 ¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbq=ÅÒtƒ `tã È@Î6y «!$# öNßgs9 Ò>#xtã 7ƒÏx© $yJÎ/ (#qÝ¡nS tPöqtƒ É>$|¡Ïtø:$# ÇËÏÈ  
Ertinya,wahai Daud, sesungguhnya kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.


Bangsa-bangsa yang telah menerima syariah seperti Arab, Rom, Parsi, Afrika  dan lain-lainnya bukan sahaja menerimanya sebagai satu jalan yang ideal tetapi telah mempraktikkannya sebagai satu tanggungjawab terhadap Islam. Dengan cara ini, penganutnya hendaklah memberi sepenuh ketaatan samaada ketaatan kepada suruhan atau menjauhi sepenuhnya kepada larangan Allah. Ketaatan yang dimaksudkan adalah pematuhan sepenuhnya kepada kehendak- kehendak agama. Ia bererti beriman, melakukan kebaikan dan keadilan, menjadi teladan baik kepada orang lain, yang berkuasa melaksanakan keadilan, membenci dan menjauhi kejahatan, dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Prinsip-prinsip ini ditujukan kepada semua manusia dan untuk selama-lamanya. Islam dirangka oleh Allah berdasarkan ciri keistimewaan penciptaan manusia itu sendiri, iaitu manusia dijadikan sebagai makhluk sosial. Kesempurnaan Islam kepada manusia dapat dilihat daripada alasan teguh iaitu manusia tidak dapat tinggal berseorangan diri, tetapi perlu kepada satu kewujudan bersama dan bermasyarakat.
Syariat yang diwahyukan Allah bertujuan untuk menyempurnakan ciri kehidupan manusia tersebut, sama ada dalam aspek ibadat ataupun ketamadunan. Ini kerana Islam merupakan satu agama yang mengariskan tingkah laku kehidupan yang lurus yang merangkumi semua prinsip-prinsip yang penting bagi kewujudan manusia. Dalam hal ketamadunan segala keperluan kehidupan diberikan garis panduannya, sama ada dalam hal-hal akhlak, pentadbiran daerah dan kenegaraan (tadbirul al-manzil dan siasah al-mudun), hal-hal berkaitan (munakahat), jual-beli (muamalat), hudud dan takzir (kesiksaan),jenayah, pentadbiran (ahkam al-sultaniyyah), tatacara dan pentadbiran keadilan (adab al-Qadi), keadilan (qada’), hubungan antarabangsa (siyar) dan hal-hal lain berhubungan dengan undang-undang. (Rohimi Hj. Shafi’ie. http://pkukmweb.ukm.my/fuu/images/stories/rohimi.pdf. 11 Febuari 2011).



b)              Perjanjian dan bai’ah
Antara bukti yang juga penting yang menunjukkan bahawa undang-undang antarabangsa merupakan satu undang-undang adalah melalui perhubungan luar yang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w lagi. Contohnya melalui perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani.
            Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu. Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan.
Mengenai bai’ah, telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.
Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Selain dari itu, terdapat banyak sekali perjanjian dan bai’ah yang menjadi bukti Islam menerima undang-undang antarabangsa ini sebagai  undang-undang. Contoh paling dekat yang mendedahkan terdapatnya kerjasama diantara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah mengenai undang-undang tanah kharaj iaitu paling jelas dalam hal ghanimah dan negara yang sudah berjaya ditakluk oleh orang Islam. (Anon. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Hudaibiyah, 12 Febuari 2011).
 Dalam konteks undang-undang antarabangsa istilah “kerjasama” membawa pengertian kepada suatu yang diharapkan, atau sesuatu yang berfaedah, atau sesuatu yang akan membawa kesan yang baik kepada semua pihak yang terlibat.  Maka, menurut Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu adalah menjadi tanggungjawab negara-negara untuk berkerjasama di antara satu sama lain dalam ehwal hubungan antarabangsa bagi tujuan mencapai kestabilan ekonomi, keamanan dan keselamatan dunia di peringkat sejagat. PBB dan lain-lain pertubuhan antarabangsa bermatlamat bagi menggalakkan dan membantu usaha-usaha kerjasama kea rah mencapai matlamat bersama tersebut.
Apabila sesebuah negara berkembang dan berlakunya komunikasi diantara dua komuniti tersebut atau lebih, biasanya negara-negara itu secara automatiknya menggunakan undang-undang antarabangsa sama ada melalui perjanjian, ataupun demi mencapai keperluan kedua-dua negara tersebut. Begitu juga apabila berlakunya campur tangan dan perjanjian yang melibatkan lebih dari dua negara.
Didalam perkataan lain, undang-undang antarabangsa merupakan satu cara untuk menyelesaikan pelbagai keperluan negara. Namun, undang-undang antarabangsa bukanlah satu undang-undang yang mewajibkan satu sistem undang-undang yang rasmi dalam satu masa yang akan mengatur semua negara di dalam dunia. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ada setengah sistem undang-undang antarabangsa yang hanya digunapakai oleh sesetengah negara sahaja didalam dunia, sedangkan sistem itu tidak digunakan di negara yang lain. (Rohimi Hj. Shafi’ie. http://pkukmweb.ukm.my/fuu/images/stories/rohimi.pdf. 11 Febuari 2011).

Berhadapan dengan realiti sekarang yang mana Islam mendapat tentangan yang amat hebat oleh pelbagai pihak, apa yang perlu wujud di kalangan negara-negara Islam adalah kesepakatan yang utuh bagi mempertahankan kepentingan ummah. Selama ini apa yang ada melalui OIC misalnya cumalah retorika yang kosong, yang jika setelah beberapa kali tiada tindakan susulan maka ia boleh diketepikan dengan selamat. Contohnya, dalam isu Bosnia, kesepakatan Islam tidak memperlihatkan satu respon yang teguh.
Kesatuan Islam telah dengan selamat dapat diketepikan daripada berperanan dalam menyelesaikan konflik yang walaupun secara langsung melibatkan umat Islam, di mana ribuan penganut Islam Bosnia dibunuh, dihalau dan disiksa. Pertubuhan Persidangan negara-negara Islam (OIC) hanya mampu menjadi forum elit pemimpin- pemimpin yang ketandusan wawasan yang menampakkan sikap berpecah belah dan tiada kesatuan dalam usaha mencari penyelesaian kepada masalah ummah. (Rohimi Hj. Shafi’ie. http://pkukmweb.ukm.my/fuu/images/stories/rohimi.pdf. 11 Febuari 2011).


Tujuan penubuhan Pertubuhan Persidangan negara-negara Islam (OIC) adalah bagi mengatur hubungan baik dan untuk menegakkan keamanan dan kerjasama di kalangan negara-negara Islam.Walaupun begitu dengan ketiadaan kepimpinan yang berwibawa dan berwawasan, ditambah dengan perpecahan yang sedia ada, maka kesatuan yang diharapkan itu, sejak penubuhannya lagi tidak dapat dicapai kerana tiada langkah-langkah yang berkesan bagi meninggikan martabat umat Islam dapat dilakukan.
Melihatkan kepada kedudukan Malaysia di mata dunia terutama di kalangan negara-negara membangun, peranan Malaysia di sini amatlah besar. Usaha-usaha mencari kesatuan ummah tidak lagi boleh diharapkan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang kini wawasan mereka lebih cenderung kepada kebangsaan Arab. Begitu juga dari aspek yang lain, contohnya aspek  perdagangan. Bagi mengelakkan kesangsian Barat yang tidak dapat dinafikan pada hari ini menguasai tata baru dunia, umat Islam perlu dipermulaannya mengusahakan Tata Ekonomi Islam. Kejayaan ekonomi Malaysia dan negara-negara Asia Timur yang dibuktikan bukan berasaskan kepada sistem pasaran bebas dapat dijadikan asas dan landasan. (Rohimi Hj. Shafi’ie. http://pkukmweb.ukm.my/fuu/images/stories/rohimi.pdf. 11 Febuari 2011).
Dengan adanya hubungan perdagangan, yang biasanya memberi keuntungan kepada semua pihak, maka corak hubungan di aspek yang lain boleh secara perlahan-lahan diperkenalkan. Kerjasama keagamaan dan pendidikan secara besar-besaran boleh dimulakan kerana ia tidak melibatkan isu-isu sensitif.
Apabila interaksi antara umat Islam baik, sama ada dari segi perdagangan, keagamaan, pendidikan dan pelancongan, maka pemikiran ummah akan menjadi lebih rasional dan dengan kesedaran yang menyeluruh disemua pihak, usahausaha bagi membawa perubahan dalam sistem pemerintahan dan ekonomi akan berlaku dengan lebih aman dan licin, walaupun tempoh masa yang diperlukan mungkin agak lama. Umat Islam harus dan sepatutnya mengubah sikap mereka ke arah yang lebih positif dengan mengamalkan sikap bekerjasama dan bersabar dalam semua bidang. Mereka harus membuat sifat-sifatsombong, dengki dan irihati antara satu sama lain. (Rohimi Hj. Shafi’ie. http://pkukmweb.ukm.my/fuu/images/stories/rohimi.pdf. 11 Febuari 2011).



PENUTUP
Undang-undang Antarabangsa merupakan suatu undang-undang diwujudkan bagi mengatur tingkah laku manusia. Namun demikian, dalam undang-undang ini, tidak terdapat hukuman khusus yang akan menghukum pihak yang melanggar undang-undang ini dan tidak terdapat satu kuasa besar yang mengatur undang-undang ini. Bagi pihak-pihak yang melanggar undang-undang ini, kebiasaannya mereka akan dikecam misalnya, Israel pernah dikecam oleh penduduk dunia kerana menyerang kapal Mavi Marmara yang dalam perjalanan menghantar bantuan ke semenanjung Gaza.
Walaubagaimana pun, mengenai keesahan undang-undang antarabangsa ini, terdapat beberapa ahli undang-undang yang memberi pandangan sama ada undang-undang antarabangsa ini merupakan undang-undang yang sebenar ataupun tidak. Daripada persoalan ini, dapat disimpulkan bahawa pandangan terhadap undang-undang ini boleh dipecahkan kepada 3 bahagian.
Pandangan pertama yang dipelopori oleh Austin mengatakan bahawa undang-undang antarabangsa bukanlah satu undang-undang yang sebenarnya kerana ia tidak memiliki ciri-ciri yang terdapat pada undang-undang biasa.
Pandangan kedua pula yang diterajui oleh Oppenheim mengatakan bahawa undang-undang antarabangsa adalah undang-undang yang sebenarnya. Menurut beliau, walaupun undang-undang antarabangsa tidak mempunyai ciri-ciri sesebuah undang-undang misalnya tiada hukuman yang ditetapkan dalam undang-undang ini, namun bagi beliau, undang-undang bukan lah untuk takut kepada hukuman, tetapi undang-undang adalah bertujuan untuk mengatur hidup manusia.
Pandangan terakhir adalah pandangan Islam terhadap undang-undang ini. Islam adalah agama syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Undang-undang antarabangsa merupakan salah satu cabang syariat Islam. Pada zaman Rasulullah lagi undang-undang antarabangsa ini digunapakai seperti Rasulullah mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara luar dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, undang-undang mestilah bermatlamatkan kepatuhan terhadapnya bagi menjamin kesejahteraan manusia sejagat.

wallahu a'lam bissowab =)


tajuk baru: penceraian secara perbandingan=)


1.0 PENGENALAN
Penceraian ialah perpisahan di antara seorang suami dan isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan mengakibatkan si suami atau isteri itu boleh berkahwin lain. Ketika Hakim Penzance memberi pendapatnya dalam kes Hyde Lawan Hyde [1886] LR 1 P & D 130, mengenai takrif suatu perkahwinan di bawah comman law, penceraian tidak disebut. Sebaliknya, ianya adalah sebagai penyatuan di antara lelaki dan perempuan itu adalah untuk sepanjang hidup mereka berdua.
Di Malaysia, undang-undang yang membolehkan penceraian bagi orang-orang bukan Islam ialah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (AMU). Akta ini berkuatkuasa pada 1 Mac 1982 dan bermakna semua penceraian dari tarikh itu mesti dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang termaktub dalam statut itu, tanpa mengira perkahwinan mereka dijalankan berdasarkan adat yang berbeza, ataupun  undang-undang yang terdahulu. Asalkan perkahwinan itu dilangsungkan dengan sah, maka perkahwinan itu boleh dibubarkan melalui AMU ( Mimi Kamariah. 1992: 77).
Manakala pembubaran perkahwinan dari sudut Islam pula merupakan sesuatu yang tidak digalakkan oleh Islam. Malahan Allah s.w.t  membenci perbuatan perceraian walaupun ianya merupakan perkara yang halal. Walau bagaimanapun ia dibenarkan sebagai langkah terakhir untuk menyelesaikan perbalahan antara suami isteri. Oleh itu, jika suami isteri mendapati ia merupakan jalan terakhir bagi menamatkan krisis rumah tangga mereka, maka cara pembubaran perkahwinan mestilah dibuat dengan tepat ( Siti Zalikha. 2005: 19). 


2.0 PENCERAIAN BUKAN ISLAM
Sebelum mahkamah boleh memerintahkan penceraian, mahkamah mestilah berpuas hati dengan pembuktian salah satu alasan penceraian yang disenaraikan di dalam Ordinan Penceraian 1952. Pihak penuntut mestilah berjaya dalam membuktikan alasan tersebut sehingga tiada was-was yang munasabah (beyond reasonable doubt). Ini bermakna akan berlaku satu pihak memburuk-burukkan pihak yang satu lagi di khalayak ramai. Keadaan undang-undang seperti ini boleh mengakibatkan satu pihak dengan sengajanya memberi keterangan kepada pihak yang lain supaya pihak yang lain itu boleh membuktikan kesnya dengan mudah (Mimi Kamariah. 19927). Pakatan seperti inilah jika diketahui oleh mahkamah kesannya adalah mahkamah tidak akan menerima dan menolak keterangan untuk proses pembuktian. Namun, hakikatnya realiti ini masih berlaku. Apa yang paling menyedihkan adalah suami dan isteri yang suatu ketika dahulu saling sayang menyanyangi dan kasih mengasihani kini bertukar menjadi saling hina menghina.
Kadang-kala kedua-dua belah pihak ingin membubarkan perkahwinan tetapi mereka telah berpakat secara sulit, di mana mereka tidak ada jalan lain untuk mendapatkan penceraian. Sekiranya si isteri telah menemui seseorang lelaki lain yang boleh menggantikan tempat suaminya atau suaminya telah menemui seorang perempuan yang lebih dicintai berbanding isterinya, mereka terpaksa hidup dengan cara terkutuk dan di luar ikatan perkahwinan yang sah ataupun mereka bersubahat untuk berpakat sesama mereka.
Merujuk penceraian diperuntukkan dalam Bahagian IV dalam AMU 1976, bermula dari seksyen 47. Menurut seksyen ini :
‘Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Bahagian ini, mahkamah hendaklah dalam semua guaman dan pembicaraan di bawah ini bertindak dan memberi relif atas prinsip-prinsip yang ada pada pendapat mahkamah adalah, dengan seberapa hampir yang boleh, menepati prinsip-prinsip atas nama Mahkamah Tinggi Keadilan di England bertindak dan memberi relif dalam pembicaraan hal ehwal berkahwin’.
2.1 Cara-cara mendapatkan penceraian
Ada beberapa cara untuk mendapatkan penceraian di bawah AMU iaitu melalui alasan kepecahbelahan perkahwinan, melalui persetujuan bersama, melalui anggapan kematian dan melalui pertukaran agama.
(i) Kepecahbelahan Perkahwinan
Salah satu pihak perkahwinan boleh membawa petisyen penceraian berdasarkan kepecahbelahan perkahwinan dalam seksyen 53 AMU. Mahkamah perlu menimbangkan dua perkara apabila mendengar petisyen sedemikian iaitu fakta-fakta yang dikatakan telah menyebabkan atau membawa kepada kepecahbelahan perkahwinan, dan sama ada keadaan adalah adil dan munasabah baginya untuk membuat dikri penceraian. Untuk perkara yang pertama, seksyen 54(1) perlu dilihat dan untuk yang kedua, seksyen 54(2) adalah berkaitan.
Mengikut seksyen 54(1), mahkamah akan memberi pertimbangan kepada salah satu atau lebih daripada fakta-fakta yang disenaraikan iaitu, dalam perenggan (a) hingga (d). Tetapi si petisyen yang harus dibuktikan butir-butir itu:


(a) Perenggan (a)
Perenggan (a) menyatakan bahawa pihak menentang atau responden telah melakukan adulteri dan si petisyen dapati tak tertahan tinggal bersama responden. Perenggan ini mempunyai dua bahagian aiaitu, adulteri dan si petisyen dapati tak tertahan untuk tingal bersama responden.
Adulteri : ditakrifkan sebagai perhubungan jenis atau persetubuhan di antara dua orang, seorang atau kedua-duanya telah berkahwin tetapi bukan dengan satu sama lain. Persetubuhan di antara lelaki dan perempuan yang sudah mengahwini tidak dianggap adulteri. Sebelum persetubuhan menjadi adulteri, pihak perempuan mesti bersetuju iaitu persetubuhan mesti dengan persetujuan dan sukarela. Jika perempuan itu dirogol atau persetubuhan tanpa persetujuannya, maka adulteri tidak wujud. Beban bukti di bawah Ordinan Penceraian 1952 atau undang-undang lama ialah sehingga tiada was-was yang munasabah. Di England,  imbangan kemungkinan digunakan sekarang dan beban baru ini terpakai di sini juga (Mimi Kamariah. 992 : 88).
Si petisyen Dapati Tak Tertahan Tinggal Bersama Responden : Sama ada si petisyen dapati tak tertahan tingal dengan responden terpulang kepada fakta-fakta dalam kes dan ujiannya ialah subjektif yakni adakah si petiyen ini dapati tak tertahan tinggal dengan responden ini? Ujian seorang yang munasabah tidak terpakai, namun begitu si petisyen mesti memberi keterangan yang boleh membuat mahkamah berpuas hati bahawa dia benar-benar tak tertahan tinggal dengan responden.
Namun begitu, adakah adulteri itu mesti menyebabkan si petisyen tak tertahan tinggal dengan responden atau adakah boleh si petisyen mendapatkan penceraian berdasarkan salah satu bahagian dalam perenggan (a) ini? Di England, ada kes-kes yang memutuskan adulteri adalah satu-satunya sebab mengapa si petisyen dapati tak tertahan tinggal dengan responden dan ada pula kes-kes lain yang mengatakan perkara-perkara lain boleh menyebabkan si petisyen tak tertahan tinggal dengan responden.
Dalam Goodrich Lawan Goodrich [1971]1 All ER 1340 mahkamah telah memutuskan juga bahawa adulteri mesti dibuktikan oleh si petisyen dan si petisyen didapati tak tertahan tinggal dengan responden. Dia tidak perlu menunjukkan yang dia tak tertahan tinggal dengan responden kerana adulterinya. Adalah memadai jika si petisyen betul-betul dapati tak tertahan tinggal dengan responden dengan sebab-sebab lain. Dalam kes ini, sebab-sebabnya ialah responden enggan cuba berdamai semula dengan si petisyen.
Manakala mahkamah berlainan pendapat pula dalam kes Roper Lawan Roper [1972] 3 All ER 668 di mana mahkamah mengatakan perkataan-perkataan ‘oleh sebab itu’ atau ‘by reason of which’ patut digunakan. Dengan cadangan itu, responden telah beradulteri dan ‘oleh sebab itu’ si petisyen dapati tak tertahan tinggal dengannya. 
Dalam kes Cleary Lawan Cleary [1974] 1 All ER 498, si suami telah mengambil isterinya semula setelah si isteri melakukan adulteri. Selepas itu, isterinya masih meneruskan perhubungan dengan lelaki berkenaan melalui surat dan sering keluar malam. Akhirnya, isteri meninggalkan suami sekali lagi dan tinggal bersama ibunya. Suaminya telah memohon penceraian berdasarkan kelakuan isterinya, bukan kerana adulteri. Petisyen dibenarkan kerana suami berjaya membuktikan atas imbangan kemungkinan yang dia tak tertahan tinggal dengan isterinya.


(b) Perenggan (b)
Perenggan (b) menyatakan pihak responden telah bertelingkah laku secara yang menyebabkan si petisyen tidak boleh dijangka dengan munasabah akan dapat tinggal bersama responden. Perbezaan antara perenggan (a) dan (b) ialah di bawah perenggan (a) ujian subjektif digunakan iaitu sama ada si petisyen dapati tidak tertahan tinggal dengan responden mesti dijawab setelah melihat keadaan responden dan si petisyen dalam sesuatu kes tertentu. Dalam perenggan (b) pula, soalannya ialah sama ada si petisyen boleh dengan munasabah dijangka tinggal bersama dengan responden dan adalah terpulang kepada mahkamah untuk menjawabnya, bukan si petisyen (Mimi Kamariah.1992: 90).
Dalam kes Ash Lawan Ash [1972] 1All ER 582, si petisyen bermaksud si petisyen berkenaan dalam kes yang sedang dipertimbangkan dan bukan seorang suami atau isteri biasa yang munasabah yang dianggap sebagai si petisyen. Apabila memutuskan sama ada si petisyen berkenaan boleh atau tidak boleh dijangka dengan munasabah tinggal dengan responden berkenaan, mahkamah mesti mengambil kira perwatakan, pembawaan, perangai dan tingkah laku si petisyen dan juga tingkah laku rEsponden seperti dinyatakan dan dibuktikan oleh keterangan. Sekiranya kedua-dua belah pihak adalah sama-sama buruk dalam semua perkara, maka masing-masing boleh dijangka dengan munasabah tinggal bersama. Mahkamah juga berpendapat setelah melihat keterangan yang menunjukkan si petisyen tidak boleh dijangka dengan munasabah tinggal responden, ia mesti seterusnya menentukan sama ada boleh dikatakan, walaupun tingkah laku responden dan reaksi si petisyen adalah sebegitu, perkahwinan masih belum berpecah- belah sehingga tidak boleh diselamatkan. Dalam kes ini,  mahkamah berpuas hati perkahwinan telah pecah belah sehingga tidak boleh diselamatkan. 
Kelakuan atau tingkah laku responden perlulah serus dan berat sehingga tuduhan penganiayaan boleh dibawa sekiranya kesihatan si petisyen terganggu atau sehingga si petisyen mempunyai sebab untuk meninggalkan responden (Mimi Kamariah. 1992: 92).
Dalam kes Thurlow Lawan Thurlow [1975] 2All ER 979 , mahkamah memutuskan kelakuan atau tingkah laku termasuk yang positif dan yang negatif. Si isteri telah mengidap penyakit gila babi atau epilepsy dan penyakit urat saraf atau nervous disorder. Dia tinggal di rumah emak mertua dan selalu duduk berdiam diri sahaja tanpa cuba membantu dalam membuat kerja rumah. Suami perlu menjaganya selalu dan beban ke atasnya agak berat. Sambil itu, isteri selalu melepaskan perasaan marahnya dan membaling barang-barang kepada emak mertuanya dan memusnahkan perkakas-perkakas rumah. Lama kelamaan, suami tidak tertahan dengan kelakuan isteri dan meninggalkannya di hospital dan memohon dikri penceraian. Dalam kes ini, kelakuan isteri berbentuk positif dan negatif,positif apabila isteri berdiam diri sahaja dan membisu sahaja manakala negatif apabila dia membaling barang-barang, memusnahkan perkakas-perkakasan rumah dan memarahi ibu mertuanya.


(c) Perenggan (c)
Fakta dalam perenggan ini ialah responden telah meninggal langsung selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja penyerahan petisyen itu. Fakta ini ialah satu-satunya yang sama seperti alasan di bawah undang-undang lama. Tempoh peninggalan langsung di bawah Ordinan Penceraian 1952 ialah tiga tahun.
Peninggalan langsung atau desertion bererti suatu keadaan yang mana satu pihak perkahwinan menarik diri daripada bersekedudukan dengan pihak yang kedua tanpa persetujuan pihak kedua itu dan dengan niat untuk tinggal berasingan. Empat ramuan atau perkara mesti ada sebelum peninggalan langsung boleh dibuktikan, yakni :
(1) Perpisahan sebenarnya di antara kedua-dua pihak atau de facto separtion of parties;
(2) Niat untuk tinggal berasingan atau animus deserendi;
(3) Tanpa persetujuan pihak yang ditinggalkan; dan
(4) Tiada sebab yang munasabah yang membolehkan sati pihak meninggalkan satu pihak yang lain.
Tempoh peninggalan langsung ialah selama dua tahun berturut-turut sebelum sahaja petisyen dibawa di mahkamah. Tempoh itu tidak boleh dipecahkan. Jika satu pihak mendapat dikri perpisahan menerusi mahkamah (judicial separation)atas alasan peninggalan langsung, dikri itu mencukupi untuk mmbuktikan peninggalan langsung itu, dengan syarat mereka tidak balik semula dan bersetubuh. Jika mereka bersetubuh dan suami menghilangkan diri selepas itu, peninggalan langsung untuk penceraian mesti bermula dari tarikh suami meninggalkan isteri buat kali kedua ini. Dengan perkataan lain, dikri perpisahan kehakiman tidak boleh dipakai begitu sahaja berdasarkan seksyen 65 AMU 1976.


(d) Perenggan (d)
Fakta dalam perenggan (d) ialah pihak – pihak kepada perkahwinan itu telah tinggal berasingan selama tempoh yang berasingan selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya  dua tahun sebelum sahaja penyerahan petisyen itu. 
Dalam kes Santos Lawan Santos [ 1972] 2All ER 246, mahkamah telah memutuskan bahawa walaupun kedua-dua pihak tinggal berasingan, ini tidak mencukupi. Apa yang perlu dibuktikan ialah salah satu daripada mereka menganggap perkahwinan sudah tidak wujud lagi. Bahawa satu pihak perkahwinan menganggap perkahwinan sudah tidak wujud lagi tidak perlu diberitahu kepada pihak yang lain. Dia perlulah membuktikan dia beranggapan sedemikian. Contohnya, ialah dia membuktikan dia telah berhenti melawat suaminya di penjara, atau dia duduk bersama dengan lelaki lain. Tempoh dua tahun berjalan dari masa dia beranggapan hendak menamatkan perhubungan dengan suaminya (Mimi Kamariah. 1992: 97).


(ii) Pertukaran agama
Sebelum AMU dikuatkuasakan, seorang isteri boleh menuntut penceraian dari mahkamah sekiranya suaminya telah menukar agama ke agama Islam dan berkahwin buat kali kedua. Ini mengikut seksyen 7(2)(a) Ordinan Penceraian 1952. Tetapi, masalah yang timbul ialah dikri penceraian tidak boleh dikuatkuasakan ke atas suami yang telah memeluk agama Islam. Sekiranya dikri penceraian tidak boleh dikuatkuasakan, ini bereti isteri tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain.
Di bawah seksyen 51 AMU 1976, seorang suami atau isteri boleh menuntut penceraian atas alasan pertukaran agama pihak yang lain, tidak kira sama ada pihak lain itu telah berkahwin dengan orang lain atau tidak. Di bawah Ordinan Perceraian 1952, tuntutan penceraian adalah berdasarkan suatu perkahwinan dengan perempuan lain dan alasan ini hanya boleh digunakan oleh si isteri sahaja (Noor Aziah Mohd Awal. 2007: 102)
Dalam kes Letchumy Lawan Ramadson[1984] 1 MLJ 143, si petisyen telah mendapatkan penceraian berdasarkan peninggalan langsung responden. Dia telah memohon nafkah dan apabila penceraian menjadi mutlak, mahkamah memerintahkan nafkah. Responden membantah kerana dia telah menukar agama ke agama yang lain. Hakim merujuk kepada seksyen 3(3) dalam AMU dan mendapati cuma penceraian di bawah seksyen 51 sahaja yang terpakai kepada pihak yang beragama Islam. Oleh kerana itu, penceraian bukan di bawah seksyen 51, maka seksyen 51(2) tidak terpakai kepada pihak-pihak yang berkaitan. Oleh itu, perintah nafkah tidak boleh diperintah terhadap responden. Begitu juga seksyen 77 mengenai nafkah tidak terpakai di sini. 


(iii) Persetujuan Bersama
Kadangkala, suatu petisyen penceraian tidak boleh dikemukakan di bawah mana-mana peruntukan yang lain tetapi kedua-dua pihak ingin mengadakan penceraian juga. Seksyen 52 AMU adalah berguna bagi mereka  tetapi ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu. Pertamanya, kedua-duanya mesti membuktikan yang mereka telah bersetuju bersama untuk membubarkan perkahwinan mereka. Kedua, mereka mesti menunggu sehingga dua tahun perkahwinan telah berjalan. Dengan nyata, keperluan ini bertujuan menghalang perkahwinan –perkahwinan cubaan atau penceraian mengikut suka hati pihak-pihak. Ketiga, mereka mesti membuat peruntukan untuk isteri, dan tanggungan, jagaan dan pemeliharaan untuk anak, jika ada. Petisyen yang dikemukakan ialah petisyen bersama atau joint petition (Mimi Kamariah. 192: 102). Mahkamah boleh meletakkan syarat-syarat tertentu kepada dikri penceraian dan langkah-langkah perdamaian tidak perlu diambli kerana seksyen 106 mengecualikannya.
Dalam kes Re Divorce Petitions Nos 18, 20&24 of 1983 [1984] 2MLJ 158, hakim Shankar telah mengkaji seksyen 52 dengan teliti dan mendalam. Beliau berpendapat seksyen 52 bukan suatu peruntukan kosong yang memaksa hakim memberi dikri setelah petisyen bersama dikemukakan. Beliau berpendapat hakim masih boleh melihat kepada keadaan perkahwinan, iaitu sama ada ia telah pecah belah atau tidak kerana nota birai kepada seksyen 53 berbunyi ‘ kepecahbelahan perkahwinan adalah alasan tunggal bagi penceraian’. Seterusnya, perkataan-perkataan ‘mahkamah boleh, jika difikirkan patut’ dan ‘boleh mengenakan apa-apa syarat ‘ menunjukkan hakim patut melihat sama ada dikri patut diberi atau tidak. Beliau telah melihat seksyen 57 yang memerlukan tiap-tiap petisyen menyebut tuduhan-tuduhan yang akan membuktikan kepecahbelahan perkahwinan dan langkah-langkah yang telah diambil untuk perdamaian semula. Kesemua ini menunjukkan seksyen 52 masih memberi mahkamah kuasa untuk memberi penceraian atau tidak.




3.0 JENIS-JENIS PEMBUBARAN PERKAHWINAN DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam, perintah penceraian oleh mahkamah boleh dikenakan kepada pasangan-pasangan yang mana, perkahwinan mereka  didaftarkan dibawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam, dan perkahwinan mereka itu dilangsungkan mengikut hukum syarak serta  jika permastautinan salah satu pihak adalah didalam wilayah undang-undang keluarga islam berkuat kuasa ketika permohonan pembubaran diserahkan. ( Anon. 2009 : 29).
Didalam Undang-undang keluarga Islam, terdapat beberapa jenis pembubaran perkahwinan. Antaranya ialah penceraian dengan sebab pertukaran agama, penceraian dengan talaq atau dengan perintah, penceraian khul’, penceraian di bawah ta’liq atau janji , penceraian secara li’an , dan juga fasakh serta anggapan kematian. Bab ini akan menyentuh seksyen 46 sehingga seksyen 53. ( Anon. 2009: 29).


3.1 Talaq
Talaq dari segi bahasa adalah melepaskan. Dari segi syarak pula, talaq adalah melepaskan ikatan perkahwinan dengan kata-kata atau lafaz yang menunjukkan talaq. Walaupun Islam membenarkan talaq, namun ianya merupakan sesuatu yang perkara halal yang dibenci oleh Allah. Buktinya boleh dilihat dari sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Umar :  Perkara halal yang dibenci oleh Allah ialah talaq. ( Mustafa  Daud. 1997: 117)
Hanya Islam sahaja yang menghalalkan talaq, sedangkan agama-agama lain mengharamkan talaq. Namun demikian, penceraian tetap berlaku di negara barat dengan hanya 40% sahaja rumah tangga yang dibina selamat dalam tempoh sepuluh tahun perkahwinan. Di sini letaknya kesempurnaan Islam yang menghalalkan talaq iaitu ditetapkan syarat-syarat yang agak ketat, ertinya, dihalalkan talaq dengan tidak boleh dipermainkan sewenang-wenangnya. Talaq adalah jalan terakhir setelah kerukunan dan pendamaian rumahtangga tidak lagi dapat dipertahankan. Berlainan sekali dengan keadaan di zaman Jahiliah dimana, talaq bebas dijatuhkan tanpa syarat-syarat yang ketat yang menyebabkan ketika itu manusia begitu mudah melafazkan talaq. ( Mustafa  Daud, 1997: 117)
Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu talaq ba’in dan talaq raj’i. Menyentuh talaq raj’i, talaq ini adalah talaq yang boleh dirujuk asalkan isterinya masih berada di dalam iddah. Talaq ba’in pula adalah talaq yang tidak boleh dirujuk melainkan akad nikah yang lain setelah isteri itu berkahwin dengan lelaki lain dan bersetubuh dengan lelaki tersebut. Talaq jenis ini mempunyai cabangnya iaitu talaq ba’in sughra dan talaq ba’in kubra. Talaq Ba’in sughra terbahagi kepada lima iaitu yang pertama, talaq yang berlaku sebelum jimak. Hubungan terus terputus kerana isteri tidak mempunyai iddah sebagai talaq raj’ie. ( Mustafa  Daud, 1997: 118)
Yang kedua, talaq melalui khulu’, iaitu talaq yang berlaku kerana permintaan isteri untuk membayar wang kepada suaminya iaitu tebus talaq dan sebagainya. Seterusnya, talaq melalui fasakh. Ini dilakukan oleh kadi dengan sebab dan syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, lafaz talaq tidak perlu dilafazkan. Perbezaan antara khulu’ dan fasakh yang paling jelas ialah, khulu’ dilafazkan oleh si suami setelah mendapat bayaran tebusan. Manakala, fasakh diucapkan oleh kadi setelah menerima aduan dan alasan isteri dan memulangkan kembali maharnya. ( Mustafa  Daud, 1997: 118)
Yang keempat pula ialah talaq melalui ila’. Ila’ ialah tindakan suami yang bersumpah untuk tidak menyentuh isterinya dalam tempoh beberapa lama. Jika dia tetap mencampuri isterinya ketika itu, dia harus membayar kafarah atas perlanggaran sumpah yang telah dibuat. Talaq raj’ie yang sudah habis iddah juga termasuk di dalam jenis ini. Talaq ba’in kubra pula terbahagi kepada dua iaitu talaq selepas talaq tiga dan juga talaq  melalui li’an iaitu menuduh isteri melakukan zina atau menafikan keturunan. ( Mustafa  Daud, 1997: 118).
Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam menyatakan, jika seseorang itu hendak membubarkan perkahwinannya, satu borang permohonan hendaklah dihantar ke Mahkamah Syariah menyatakan permohonan di samping mengisi bersama surat akuan mengenai butir-butir perkahwinan, butir-butir yang mengenai fakta-fakta yang memberi kuasa kepada mahkamah di bawah seksyen 45. Selain itu, butir-butir mengenai hal ehwal prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal suami isteri termasuk tempat prosiding serta pernyataan sebab-sebab hendak bercerai, langkah-langkah yang sudah dibuat , serta mengenai nafkah anak-anak dan hal-hal yang berkaitan dengan itu hendaklah disertakan.  ( Anon, 2009: 30).
Setelah itu, Mahkamah akan menyerahkan satu saman kepada satu pihak lagi beserta salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon. Saman itu hendaklah mengarahkan satu lagi pihak untuk hadir ke Mahkamah di samping menyiasat adakah pihak satu lagi bersetuju dengan permohonan penceraian itu. Jika mahkamah bersetuju dengan permohonan itu, pihak lelaki akan diminta melafazkan talaq satu di hadapan mahkamah. Setelah itu, mahkamah akan menghantar satu rekod hal jatuh satu talaq ke pendaftar dan kepada ketua pendaftar untuk pendaftaran. Sekiranya ada mana-mana pihak yang  tidak bersetuju maka, pendamaian akan diusahakan. ( Anon, 2009: 31).
Timbangtara oleh hakam
Bermaksud sebagai penyelesaian pertikaian suami isteri melalui timbangtara disyorkan dalam al-Quran  (Ahmad Ibrahim, 2010: 112) dalam Surah An-Nisa’ ayat 35, yang bermaksud:
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya”. 
Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, seksyen 48 juga ada menyatakan jika berlakunya iaitu perkelahian yang berterusan antara kedua-dua pihak kepada suatu perkahwinan, di sini, Mahkamah boleh melantik, mengikut hukum syarak , dua orang penimbang tara atau hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing. Biasanya, keutamaan diberi kepada saudara-saudara karib pihak-pihak yang mengetahui hal kes tersebut. Hakam yang dipilih hendaklah, menjalankan penimbangtaraan, dan hendaklah menjalankannya mengikut  arahan-arahan itu dan Hukum Syarak. ( Anon, 2009: 33).
Kelayakan mereka yang dipilih boleh hilang dengan pemecatan oleh pihak Mahkamah  terhadap mereka, jika Hakam tidak bersetuju dan Mahkamah tidak puas hati dengan cara mereka membuat penimbangtaraan. Hakam boleh jika dengan keizinan Mahkamah untuk melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah. Jika demikian keadaannya, maka Mahkamah haruslah merekodkan lafaz satu talaq itu dan menghantar satu salinan rekod pada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Jika Hakam itu tidak  dapat memerintahkan penceraian kerana sesuatu sebab maka, Mahkamah hendaklah melantik Hakam yang lain. Setelah itu, Hakam tersebut hendaklah melakukan seperti Hakam yang di atas. Hanya pihak keluarga terdekat sahaja yang boleh menjadi wakil di hadapan Hakam. ( Anon, 2009: 33).


3.2 Penceraian khulu’


Talaq ini adalah merupakan kehendak isteri dan kesungguhannya untuk bercerai (Mohd Radzuan. 2006: 121). Khulu’ disyariatkan sebagai memenuhi kemahuan isteri. Khulu’ ialah isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah mereka sepakati sebelum ini kepada suaminya.


   Hal ini juga dijelaskan melalui firmannya,


“Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”.


Satu penceraian khulu’ dilakukan dengan perkataan-perkataan yang sesuai dengan percakapan atau tulisan oleh kedua-dua pihak atau wakil masing-masing, di mana isteri menawar dan suami menerima pampasan dari harta isteri itu, untuk melepaskan hak-hak suami ke atas perkahwinan itu. Talaq ini merupakan talaq ba’in sughra. (Ahmad Ibrahim. 2010: 116).
Menurut Seksyen 49 , Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984, menyatakan bahawa jika suami tidak bersetuju menceraikan isterinya dengan kerelaannya sendiri dan bersetuju dengan cara tebus talaq, maka mahkamah setelah jumlah bayaran tebus talaq itu dipersetujui oleh pihak-pihak itu mengarahkan suami untuk menceraikan isteri dengan talaq tebus. Kemudian setelah itu, mahkamah hendaklah merekodkan cerai tersebut dengan sewajarnya dan menghantar salinan rekod yang telah diperakui itu ke Pendaftar yang berkenaan dan kepada ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Jika tidak mencapai persetujuan dari segi jumlah pula, maka pihak mahkamah akan mentaksirkan berapa jumlah mengikut hukum syara’ dengan mempertimbangkan taraf serta sumber kewangan pihak-pihak itu.  Manakala jika pihak lelaki tidak bersetuju dan tidak hadir ke mahkamah dan mahkamah memikirkan bahawa pendamaian difikirkan perlu, maka pihak mahkamah hendaklah melantik satu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya ( Anon, 2009: 34).
Dalam kes di Kelantan, Talib Lawan Sepiah di mana pihak yang menuntut telah menuntut cerai dari suaminya. Oleh kerana pihak kena tuntut tidak setuju cerai walaupun dengan tebus talaq, Mahkamah telah menghukum kes itu dengan  diselesaikan dengan melantik hakam, tetapi hakam itu tidak berjaya dalam menyelesaikan masalah itu kerana hakam pihak kena tuntut tidak bersetuju bercerai walaupun dengan tebus talaq. Kadi telah melantik hakam bagi pihak yang kena tuntut di bawah seksyen 74(4) Enakmen Mahkamah Syariah dan Hal Ehwal Perkahwinan Islam Kelantan 1966. Kemudian hakam telah bersetuju mengadakan tebus talaq dengan bayaran RM100. Pihak kena tuntut telah merayu kepada Jemaah Pengadilan. Rayuan telah ditolak dan hukuman Mahkamah Kadi diperkukuhkan (Ahmad Ibrahim. 2010: 116).


3.3 Penceraian dibawah ta’liq atau janji
Dasar kepada undang-undang cerai ta’liq adalah merujuk kepada surah al-Ma’idah  ayat 1 yang membawa maksud (Ahmad Ibrahim. 2010: 118):
“wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian- perjanjian.” 
Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, seksyen 22, menyebut selepas sahaja akad nikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta’liq yang ditetapkan atau ta’liq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan. Catatan itu hendaklah diakusaksikan oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali dan juga saksi , selain dari pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan. Catatan itu hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar itu. Disini, surat perakuan ta’liq akan dikeluarkan dalam borang yang ditetapkan kepada setiap pihak  bagi perkahwinan itu. 








Bentuk ta’liq adalah seperti berikut,




Saya mengaku apabila saya meninggalkan isteri saya
_________________________________________
( Nama)


Selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu ke Mahkamah syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah dan  ia memberi kepada Mahkamah Syariah  yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka ketika itu ia tertalaq ia dengan cara talaq khulu’.


Di dalam seksyen 50 AUKI ada menyebut, seseorang yang bersuami boleh, jika berhak mendapat penceraian  menurut syarat-syarat surat perakuan ta’liq yang dibuat selepas berkahwin memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa penceraian yang sedemikian itu telah berlaku.


Mahkamah dengan itu hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat satu penyiasatan mengenai sahnya penceraian itu dan jika berpuashati  bahawa penceraian itu adalah sah mengikut hukum syarak , hendaklah mengesahkan dan merekodkan penceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua  Pendaftar  untuk didaftarkan.
Pada masa sekarang , tiada peruntukan bagi ta’liq dalam Enakmen Undang-undang Islam Perlis. Kes-kes biasa cerai ta’liq adalah kes di mana isteri  telah tidak diberi nafkah. Ada kes-kes dimana suami hadir ke Mahkamah, ada kes-kes dia tidak hadir. Terdapat juga kes di mana isteri menuntut cerai ta’liq atas alasan dia telah dipukul oleh suami (Ahmad Ibrahim, 2010: 121).


3.4 Penceraian Dengan Li’an


Li’an dari segi bahasa ialah menjauhi dan menolak. Di dalam syarak pula, diertikan sebagai beberapa kalimah tertentu yang dijadikan sebagai alasan oleh seseorang yang terpaksa seseorang yang menodai tempat tidurnya dan menimpakan aib kerananya atau menafikan anaknya(Syarif Zaini Daud. tt: 114).


Ia harus dikenakan hukuman sebatan sebanyak  80 kali sebatan. Untuk meluputkan hukuman ini, seorang suami perlu membawa 4 orang saksi atau melakukan li’an. ( Mustafa  Daud. 1997: 118). Apabila diliankan isteri, maka terputuslah ikatan nikah di antara kedua-duanya. Dari ibnu Umar, bahawa Rasulullah bersabda ;


“  Kedua-dua yang saling lian meli’an, perhitungan kamu  berdua atas Allah , salah seorang dari kamu berdua berdusta. Tidak ada jalan bagimu (lelaki), atasnya (perempuan). Berkata yang lelaki: ya Rasulullah, hartaku?. Sabda baginda, tiada hartamu, jika kamu benar atasnya, maka itulah dengan apa yang kamu halalkan dari kemaluannya, dan jika kamu berdusta atasnya, maka yang demikian itu lebih jauh  bagimu daripadanya”. Muttafaq’ilaih.


Daripada hadith ini, tidak ada jalan bagimu ke atasnya bermaksud tidak halal bagimu maksud  menikahinya selepas meli’annya dan yang dimaksudkan dengan hartaku itu adalah , tidak boleh meminta kembali mas kahwinnya. .(Syarif Zaini Daud,tt: 117).


 Seksyen 50A(1) AUKI menyatakan jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan itu telah mengangkat sumpah dengan cara li’an mengikut hukum syarak di hadapan Hakim Syar’ie apabila penghakiman maka hakim itu hendaklah memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya. Kemudian, mahkamah hendaklah merekodkan penceraian dengan li’an itu dengan sewajarnya, dan menghantar satu salinan rekod itu kepada Pendaftar yang sesuai dan kepada Ketua pendaftar bagi pendaftaran.




4.0 PENUTUP


Ikatan perkahwinan yang suci apabila ingin meleraikannya perlulah dengan alasan-alasan yang munasabah. Ini kerana ikatan yang dibina adalah merupakan suatu ikatan yang dianggap suci kerana merupakan suatu penyatuan dua hati dan jiwa dala melayari bahtera perkahwinan. Prosedur-prosedur yang digariskan dalam AMU bagi penceraian bukan Islam adalah bertujuan memelihara ikatan perkahwinan yang dijalinkan oleh pihak-pihak yang berkahwin. Ini mengelakkan ikatan perkahwinan itu dipermainkan dan diperkotak katikkan dengan mudah untuk meleraikannya. Apabila wujud alasan yang munasabah iaitu berlaku kepecahbelahan dalam perkahwinan itu menjadi alasan yang perlu dibuktikan ke tahap yang tiada keraguan.


Begitu juga dengan pembubaran perkahwinan dalam Islam di mana Allah telah menggariskan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah dalam perkahwinan apabila suatu perkahwinan itu dilanda masalah. Sungguhpun Allah membenci penceraian, namun Allah telah menggariskan jalan-jalan keluar daripada perkahwinan yang buntu. Sebagaimana dengan adab dan sopan dalam berkahwin begitu juga dengan penceraian yang mana tetap dengan tatacara dan adab yang mengekalkan kesopanan dan penuh berhemah. 



No comments:

Post a Comment