Kisah Cinta^^

NOTA KECIL CINTA
nukilan: ruqaiyyah ibrahim



“Ayah bukan mahu melepaskan kamu. Tapi ayah rasa amanah yang diberikan oleh sahabat ayah ni agak berat, untuk mengubah anaknya, dan ayah fikir kenapa bukan melalui cinta kamu boleh mengubahnya, sepertimana Nabi Yusuf berjaya mengubah Siti Zulaikha”.

Permintaan ayah kepada aku berat sekali kali ini. Apatah lagi aku membawa amanah dari ayah dan yang lagi besar dari Allah, Khaliqul Alamin, agar membimbingnya lebih mengenal erti hidup. Semoga aku berjaya meraih redhaNya dengan membimbingmu, Adam Rashidi bin Zahri. Justeru aku bersetuju menjadi suri hidupmu demi mencapai redhaNya.

Syahira Hanani binti Ibrahim termenung sendiri. Mungkin memikirkan nasibnya yang terlalu parah untuk dikenangi, terlalu teruk untuk diperbaiki. Akhirnya, dia meraup muka,“insya Allah, andai aku redha dengan ketetapan Allah ini, akan ada hikmahNya, cuma bersabarlah jiwa. Akan ada nanti. Akan ada”, bisik hatinya. Puan Roha tersenyum melihat anaknya yang sudah siap diandam. Manis sekali. Dia terus meluru ke katil yang dihias dengan begitu rapi.

 “ Senyumlah, anak mak. Jangan pernah lupa, sekalipun apa yang kita alami kita tak suka, mesti ada hikmah kenapa Allah takdirkan begini. Barangkali apa yang kita tak suka tu adalah yang terbaik untuk kita, dan boleh jadi juga yang kita suka tu bukannya yang terbaik untuk kita. Insya Allah ada baiknya. Percayalah.”

Syahira mengumpul semangatnya kembali. Dia tahu disebalik kemahuan ayahnya, tersimpan satu harapan yang baru. Matanya ditutup kemas. Tangannya digenggam. Tiada lagi kesedihan pada jiwanya, malah diganti pula dengan semangat yang baru. “Lillahi Ta’ala, aku ingin mengahwininya demi mengubahnya, insya Allah.Ya Allah, kau kuatkan hatiku”.  Suara tetamu yang hadir bergema di telinganya. Ibunya mengangguk sambil menghulur tangan. Mereka semua akan menuju ke masjid yang hanya terletak di atas bukit selang beberapa buah rumah dari rumah Syahira. Di sana rombongan lelaki sudah sampai. Hati Syahira sudah tepu dengan debaran. Disebalik purdahnya, terlindung segala-galanya. Tangisannya dan semangatnya. Ibunya mengenggam erat tangannya dan menyeka air mata yang mengalir.
*****
Rashidi berlari secepat mungkin. Hujan yang turun secara tiba-tiba mendorongnya untuk masuk ke sebuah kedai buku. Sudah ramai yang berhimpit di dalam kedai itu, namun mungkin tidak ada yang sekuyupnya. Matanya sekejap diangkat sekejap dialihkan ketepi. Akhirnya tertumpu pada satu rak buku yang kelihatan lebih menyerlah pada matanya. Terus langkah diatur dan matanya menangkap sebuah buku. ‘Kenangan manis bersama Rasulullah.’ Mesti Shira suka baca ni. Buku itu terus dicapai dan dia meluru ke kaunter pembayaran. Hatinya berbunga. Entah sejak bila dia mula meminati setiap butir kalimah yang keluar dari  bibir isterinya itu. Syahira Hanani binti Ibrahim, seorang gadis yang belum pernah didekati. Hanya kertas kuning yang menjadi perantara komunikasi mereka. Walaupun tinggal satu rumah, namun bagaikan masing-masing terlalu sibuk. Rindunya pada Syahira tidak akan diluahkan. Dia cukup tidak pandai menghuraikan isi hatinya. Sekalipun benar-benar mahu berjumpa, dia hanya pendamkan sahaja.

Tangga bus double decker itu dipanjatnya.  Begitulah kehidupan di kota Dublin. Bas tidak akan menunggu kita. Tak seperti sesetengah bas yang tidak tepat pada masanya seperti di negara kita. Bahunya ditepuk, sekilas dia memandang kearah belakang. Senyuman manis sahabatnya yang sudah bertudung litup itu dipandang. Ima makin manis namun, mungkin Syahira mesti lagi manis, walau disebalik purdahnya!.

“Ima? Kau buat apa? Mana Shira?”, senyuman yang membugar dapat ditangkap Ima. Dia tahu, andai Rashidi pernah melihat wajah isterinya itu, pasti dia lagi tidak keruan. Itulah silapnya Rashidi, wajah isteri sendiri belum pernah dilihatnya. Walau sudah tiga bulan dia bergelar suami pada Syahira.

“Shira ada dekat rumah aku la. Aku tak nak bagi kau.  Biar dia duduk dengan aku je.”
Rashidi menjuihkan bibirnya. Kesibukannya menyebabkan dia terpaksa membiarkan Syahira tinggal bersama sahabatnya itu, kerana dibimbangi tiada yang akan menjaganya. Maklum sahajalah, dia adalah pelajar tahun akhir tambah pula mengenangkan walidnya. Tangannya diseluk kedalam beg yang digalasnya.

“Nanti kau bagi kat Shira tau. Erm, kirim salam sayang dari aku.”, senyuman yang manis dihadiahkan buat Ima. Ima menahan gelak. Amat cocok. Yang lelaki dengan speknya, dan yang perempuan dengan lesung pipitnya. Bilalah boleh dapat mereka keluar bersama!

“Oh, nanti aku cakap, Shira, ni ada hadiah dari abang Adam. Dia kirim salam sayang buat Shira. Sambil senyum sampai telinga, boleh?”

“Kau ni! Betul-betul la. Kau jangan cakap aku menggedik pulak!” tiba-tiba sahaja wajah Rashidi merona merah. Belum pernah dia bercakap soal cinta selepas dipermainkan oleh seorang gadis satu fakulti dengannya dahulu, Mira.
****
Syahira memandang wajah Ima. Subhanallah, Ima sangat manis. Ima yang pertama kali memakai tudung labuh itu menunduk mukanya. Sungguh segan dengan keadaan itu.

“Malula, Shira. Nanti apa orang cakap pada Ima?, Ima ni dah la banyak dosa. Konon nak bertudung labuh pulak.”
“Ima, kenapa nak malu jika niat kita benar. Manusia memang dijadikan sebagai pengkritik. Kerana itu, mustahil untuk kita lepas dari kritikan orang. Biarlah apa orang nak kata pada kita, Ima. Sesungguhnya, apa yang kita wajib pedulikan adalah hak Allah kita tepati atau tidak. Ada satu cerita, Rasulullah bersama sahabatnya dikritik hebat. Sahabat Rasulullah dicerca di hadapan Rasulullah. Namun, Rasulullah hanya berdiam diri. Setelah sahabat tidak tahan, sahabat mencerca kembali musyrikin. Rasulullah yang asalnya berwajah manis memasamkan mukanya. Setelah itu, sahabat bertanya, Ya Rasulullah, mengapa kamu sanggup melihat kami dicerca?, sedangkan kami semua dicerca di hadapanmu. Rasulullah menjawab, “aku berdiam diri kerana aku gembira ketika kamu bersabar, sedang mereka mencercamu, Malaikat mencerca mereka demimu, namun, setelah kamu mencerca mereka kembali, malaikat telah  berlalu meninggalkanmu.”

Kata-kata yang amat bernilai  itu keluar lagi. Bagaimana mungkin adanya manusia semurni Syahira Hanani? Bagaimana?

Handset Ima yang bergetar pinta diangkat. Hurm! Rashidi call lagi, rindu kat Shira la ni?, desis hati kecilnya. Senyuman manis terus diukir.

“Assalamuaalaikum, ye encik Rashidi?Shira ada ni, rindu dia ye?”, matanya dialihkan pada Shira dengan senyuman manis

“Wa’alaikumussalam, Rashidi kat hospital ni. ICU. Kau bawak isteri dia sekali ok?”
“Baiklah”, dada Ima berombak kencang. Shira hairan dengan wajah Ima yang berkerut serta merta.
“Di kat hospital. Jom siap-siap pergi sana.” Kaki Shira kaku. Tiba-tiba semangatnya luruh

****

Rashidi memegang al-Quran coklat pemberian isterinya itu. Apa yang dia mampu hanya memahami makna Melayu. Dia sudah lupa akan setiap bacaannya. Apalagi dengan solat yang sudah lama tidak dikerjakannya.
Pertamanya, Syahira, aku minta maaf, aku sempat tersenyum dihari pernikahan kita. Walau aku tahu, itu bukan dengan relamu, tapi kau kena tahu, aku rela berkahwin denganmu bersebab, sayang. Kerana hanya dengan mengahwinimu sahaja aku boleh menghabiskan pengajianku. Mungkin kau tidak mengenali siapa Dato’ Zahri. Walid memang serius tidak suka dengan imej aku yang aku anggap trendy, tapi, walid yang berkopiah, apa dia tahu pasal trend ni kan? So, aku mengahwini kamu demi kepentingan diri sendiri. Maaf lagi kerana disepanjang kau berada di Dublin, sedikit pun kasih sayang tak tumpah buat kau. Kau harus faham, aku memang serius dengan kerja aku. Jadi, aku mohon Ima menjaga kau sepanjang aku sibuk. Alhamdulillah, dia senang menolongku. Aku call Ima seminggu 6 kali. Tanyakan pasal kau, sebab kalau aku tak tahu perkembangan kau, then walid call, bernanah telinga aku menahan ayat –ayat pedih dari walid buat aku. Itu kenyataannya. Tapi sekarang, aku call Ima lebih dari 20 kali seminggu. Sebabnya aku sudah mula rindu kamu.
 Kertas kuning diperhati lagi. Sudah berkeping-keping yang diberikan kepadanya. Bodohnya aku! Kenapa aku tidak meminta nombor telefon Syahira? Mungkin dia tidak perlu menghantar notis begini lagi buat aku.

Nota kecil pertama diperhatikannya,.

“Assalamualaikum, selamat berizzah. Syukur, Shira dapat beruzlah dan menikmati keindahan kota Dublin. Shira keluar hari ni, dengan Ima. Erm, Adam dah selawat belum hari ni. Jom kita poskan permohonan kita kepada Rasulullah. Semoga permohonan kita diluluskan dan kita akan disyafaat di akhirat kelak.
Salam sayang, Syahira.”

Syahira, ada sebabnya Allah temukan kamu dengan aku. Aku percaya itu. Tapi, aku langsung tidak layak mendapat kasih-sayang insan semulia mu. Bait-bait nota kecil kedua dan seterusnya di perhatikan. Tersenyum dikala melihat nota kecil kedua dari Shira. Terasa dirinya begitu jahil, mengapa tidak mendapat fikiran mulus seperti Shira?

Nota kecil lagi?
“Assalamualaikum, dah selawat belum hari ni? Jangan lupa jugak, al-fatihah untuk Shira tau?”

Ya, Syahira, abang dah bacakan al-Fatihah untuk semuanya. Abang dah baca buat Rasulullah S.A.W, buat Malaikat, buat sahabat-sahabat baginda, buat walid, ayah, umi, mak, Aina, buat lecturer. Buat semuanya, Shira. Aku malu dengan tindakan aku. Setelah aku mendapat nota kecilmu kali kedua, terus mataku  aku gosok-gosokkan. Al-Fatihah? Bukan bismillah tu ke? Al-Fatihah? Sebab apa?.
Adam Rashidi tersenyum sinis. Senyuman buat dirinya atas kejahilannya. Tangannya laju menekan nombor Ima. Selaju itu juga, Ima mengangkat panggilan.
“Assalamualaikum, cik abang. Ye? Kenapakah?”suara lembut itu kedengaran jelas dicorong telefonnya.
“Shira ada?”. Pendek tapi cukup dapat memahamkan Ima akan kehendak Rashidi.

“dia ada. Tengah baca al-Quran. Kenapa?”, suara serius Rashidi dijawab dengan serius oleh Ima.
“Erk? Ok. Dia suruh aku bacakan al-Fatihah untuk dia. Tak ke gila nampaknya?”

Ima tersenyum. Dia memandang Syahira yang masih bertelekung. Shira begitu sempurna. Sangat manis orangnya disebalik purdahnya. Tak banyak bicara kecuali ilmu. Tak banyak gelak, dan senyumannya manis. Ima terpegun dengan sahabat yang baharu dikenalinya. Cuma mungkin Rashidi yang tidak menyedarinya. Al-Quran Shira dah renyuk-renyuk. Mungkin dah terlalu sebati dengan dirinya. Masih Ima ingat, Shira ada berkata padanya, dia menjadi yakin dengan adanya al-Quran, dan tiada yang lebih sayangi melainkan al-Qurannya yang sentiasa dibawa kemana sahaja. Lamunan Ima terhenti dengan suara kecil yang masih berbaki di gegendang telefonnya.

“Hoi!!! Hello!!! Kau nak aku bacakan al-Fatihah untuk kau sekali ke? Kau ni, Ima”.
Ima tergelak kecil. Lupa dia sedang berborak dengan sahabat karibnya itu kerana terkenangkan Syahira yang terlalu indah. Syahira memandang Ima. Dia sudah memeluk dan mencium al-Qurannya. Ima menghulurkan handsetnya pada Shira. Dia terus menyambutnya.
“Assalamualaikum.”  Panggilan terputus. Syahira melihat skrinnya. Tiada lagi suara. Dia tersenyum. Dahi Ima berkerut.
‘Aik? Kenapa diputuskan?’. Syahira masih tersenyum. Bibirnya yang merah merekah  seakan bersinar.
“Adam mungkin dah habis kredit.” Hanya itu yang dilafazkan Syahira. Imah tersenyum dan memeluk bahu Syahira. Dia ingin mendekati Syahira sedalamnya. Mencari rahsia disebalik kesempurnaan insan bertubuh genit itu. Begitulah apa yang Ima ceritakan buat aku.

Waktu itu aku sengaja meletakkan telefon. Kerana aku tak suka kau tanya aku soalan melibatkan iman atau Islam. Itu hal masing-masing. Jangan pernah kau campur adukkan dengan kehidupan aku. Untuk itu, aku ingin memohon maaf andai aku membuatkan kamu terluka hari itu, Shira.
Hari-hari mendapat nota daripada Syahira, buatkan aku rimas pada mulanya. Aku sudah besar. Kau pula 4 tahun lagi muda dari aku. To be honest, aku rasa setiap  kata-kata kamu itu hanya permainan budak kecil. Sehingga aku terbaca nota kecil ketigamu. Nota ini buatkan aku seram sejuk. Mungkin kau menyindirku, mungkin kau menyayangiku,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratuh..
Ertinya, salam sejahtera buat kamu , semoga Allah merahmatimu, memberi keberkatannya dan mengampunkanmu. Semoga, dengan ucapan salam itu, kamu juga menjawab salam itu buat diri Shira. Perjalanan kita tidak akan sunyi dari dosa noda. Sepantas detik waktu berlari, sederas itu juga, ajal akan menghampiri. Hari ini, suatu hari lagi baru, yang ditakdirkan buat Shira. Andai hari ini tiada mungkin, Shira tidak akan lagi berada di Kota Dublin. Dan mungkin juga walid Adam akan memarahi Adam kerana Adam gagal menjaga Shira. Bukan itu soalnya, kerana Shira sayangkan  Adam, Shira mahu Adam kuat , biar Adam gagah melawan nafsu Adam. Demi jiwa sesungguhnya, bila kita dimatikan oleh Allah, jiwa kita akan meronta mahu di hidupkan kembali. Benar! Kita tidak akan diberi peluang oleh Allah untuk hidup lagi. Tapi, hari ini Allah hidupkan kita kembali.dengan hari ini, dengan satu lagi peluang Allah berikan, teruskanlah berjuang demi sebuah dunia abadi. Akhirat..
Tak mahu panjang-panjang, disini sahaja. Esok shira sambung lagi. Jom selawat.
Ikhlas, syahira.

Nota kecilmu itu menyiat lemak kemaksiatan aku, Shira. Kau membuatkan aku kalah pada budak perempuan yang usianya hanya 22 tahun. Apa dalam fikiran kamu? Kenapakah kamu berfikiran mengenai usia akhiratmu, sedangkan kau masih punyai peluang berlipat kali ganda dari aku. Empat tahun sudah merupakan jangka yang lama bagi kau merebut pahala sebanyaknya Syahira.

Syahira, segala nota kecil kamu aku simpankan di dalam buku aku. Diari muslim. Aku tahu, jika kau mengetahui isi diari ini, kau pasti terkejut. Aku bukan sepertimu. Aku jauh berbeza dari kamu. Aku masih ingat kali pertama aku mendapat jubah putih dan  kopiah putih. Maaf sayang, aku telah membuangnya. Tapi, nota kecilmu membuatkan aku mengambilnya kembali. Aku segan mahu menyarungnya. Aku segan dengan hati hitam aku, bagaimana mungkin aku memakai jubah putih, kopiah putihmu. Hanya mungkin akan ada suatu masa, aku akan memakainya.

Tapi pelik, kenapa hari ini dan semalam, tiada lagi kertas kuning kau tampalkan di meja aku? Di skrin laptop mungkin. Atau pada almari bukuku. Kau sedia tahu, apa yang selalu ku sentuh,kerana tempat yang kau tampalkan itu, menjadi tempat permainanku. Hari ini aku sudah boleh membaca al-Quran, berbekal cd-rom yang kau berikan, pun sudah boleh membaca ma’thurat bersama cd yang kau berikan. Syukur kau tidak banyak bertanya, Syahira. Aku lebih suka begini, kerana, aku tidak akan segan mempelajarinya al-Quran berdasrakan cd. Aku suka baca nota kecil yang kau selit pada cd- rom yang kau berikan pada aku.
Mungkin aku menyindirmu, mungkin aku menyayangimu.

Aku faham bait itu, kau menyindirku kerana kau menyayangiku, begitu maksud kamu kan?syukur, alhamdulillah, aku mendapat kamu sebagai isteriku.

Syahira, kenapa aku berada disini, ajalku sudah tiba mungkin. Aku sendiri di padang yang hijau. Tanpa buku, tanpa walid, tanpa umi, tanpa kamu. Namun, siapakah makhluk hitam disana. Syahira, hadiahkan al-Fatihah buat suamimu ini. Aku bimbang selepas ini, aku tidak mampu bangun dan membaca al-Fatihah sepertimu.
Lembaga itu berlari pantas menuju Rashidi dan menolaknya jatuh kedalam gaung curam. Yang hanya ada dihati Rashidi hanya Allah. Tubuh sasa itu terus tercampak. Melayang bagaikan kekabu.
“Allahuakbar!”
Seluruh anggota keluarga Rashidi terkejut. Rashidi yang sudah dua hari tidak sedarkan diri disebabkan terperangkat didalam lif sudah tersedar. Datin Safiyya menggenggam tangan anaknya kemas. Air matanya keluar deras. Dada Rashidi berombak kencang. Bibirnya pucat kebiruan. Shira yang turut menangis menyeka air matanya. Dia tahu, dia sayangkan suaminya.
****
Adam  Rashidi diam seribu bahasa. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Susuk genit di hadapannya diperhati. Siapa ni? Syahira memalingkan wajahnya kearah Adam dengan senyuman. Mata Adam berkedip-kedip ditangkap oleh adiknya, Aina.

“Ehem-ehem. Nampaknya, along dah terkesima ni.” Gelak Aina yang terlalu kuat membuatkan wajah Adam Rashidi merona merah lagi. Dia tersenyum menahan malu. Shira tersenyum. Geli hati dengan kata-kata Aina yang dari tadi menyakat kakak iparnya itu. Terus kakinya melangkah  meluru keruangan dapur rumah itu. Rashidi terus memaut bahu adiknya seraya melihat bayang-bayang Shira hilang dari matanya.
“siapa?”, tanyanya penuh keliru.

“jangan main-mainlah, long!’, bibir Aina dimuncungkan.

“Ha! Muncung-muncung! Along sangkut baju along kat situ. Nak? Bagi kekal sikit.” Rashidi menarik-narik hidung adiknya. Aina tersenyum manja. Alongnya itu memang suka menyakatnya. Datin Saffiya yang baru keluar dari dapun melihat telatah mereka berdua. Ada-ada sahajalah kamu berdua ni!
Rashidi meluru kearah umminya.

“Mi! Siapa tu? Ummi tak pernah cerita pun dekat Di? Bawa dari Malaysia ke Dublin lagi. Mesti ada apa-apa, kan? betul tak? Anak angkat? Tak cukup ke kami berdua je Mi?”.

“siapa mana?”. Persoalan anak sulungnya itu menyebabkan Datin Safiyya kehairanan.
“yang genit-genit tu. Cantik tu la?”. Mata Rashidi meninjau-ninjau kelibat perempuan itu lagi.
“Astaghfirullahal’azim. Kamu ni. Tu, baju biru tu?”, Rashidi mengangguk.

Datin Safiyya dan Aina mengerutkan dahi mereka.  Mahu disepak sahaja kaki alongnya itu, biar tersembam, terus ingat pada kakak iparnya. Apalah. Koma ke dia? Ke gejala tidur berlebihan? Syahira berpaling lagi. Dia sudah menapak hanya dua tiga inci dari ibu mertuanya.

“ Assalamualaikum, saya anak ummi. Syahira Hanani binti Ibrahim.”

“ Shi..shira?”

Syahira mengerutkan dahinya. Kenapa lagak suaminya begitu pelik. Dia mengangguk. Rashidi tersenyum dengan lebarnya.  Matanya sekejap dialih pada Shira, sekejap dialih pada umminya.  Kemudian dia tergelak. Hatinya terlalu gembira. Terlalu gembira. Seperti sudah mahu keluar jantung dari badannya.

“Shira! Syahira.” Terus isterinya dipeluk.  Syahira yang hanya diparas bahunya itu hanya berdiam diri. Amat segan dengan keadaan itu.  Dia belum pernah bercakap dengan suaminya. Namun cukup mengerti setiap bisikan hati suaminya. Cukup mengenal susuk suaminya dengan pertolongan Ima yang bercerita macam-macam mengenai suaminya. Berbeza dengan Rashidi yang belum pernah memandang wajah isterinya. Belum mengenali siapa isterinya.

“Ni isteri Di, ummi?Oh nilah wajah sebalik purdah tu.” semua tergelak melihat gelagat Adam Rashidi. Masing-masing menggiling kepala.

“Ya Allah, syukurnya.. alhamdulillah, Di tak pernah kenal Shira. Hari ni baru tengok muka isteri sendiri.”, wajah Shira dipandang lama. Shira menundukkan wajahnya, namun diangkat kembali oleh Rashidi .
“Jangan tunduk lagi! Abang takut abang tak kenal isteri abang lagi. Lagipun Shira ada hutang dengan abang, kan?”. Mahu sahaja dia memeluk dan mencium isterinya itu. Shira mengerutkan dahinya. Setahunya, mereka tidak pernah berbual. Hanya ketika berada di Dublin Airport. Itu pun dengan kemarahan Rashidi yang bersisa.
“Erm, apa ye?”.
“Abang nak tiga kertas kuning hari ni. Shira dah tiga hari ponteng tak bagi nota kecil kat abang kan?”
Shira tersenyum. Baru lega hatinya.  Ingatkan ponteng apa tadi!

“Ok, sir!”

“Erm, tak payah tulis. Tulah, sombong, mintak nombor telefon kita ni mana dia nak? Kan tak payah tulis kat kertas kuning tu lagi, mesej je?”, Shira menjelingnya manja. Terserlah lesung pipitnya. Comelnya, bila senyum sambil menjeling.

“Shira tak mahu hantar mesej. Nanti Adam boleh hilangkan dengan satu klik je. Kalau Shira tulis kat nota, bagi Adam ingat Shira sikit.”Rashidi tersenyum manis. Kini tinggal mereka berdua di ruangan itu.

“Ok, jadi hari ni, abang tak nak kertas kecik tu lagi, naik rabun abang baca. tulisan Shira cantik sangat, khat-khat segala, abang nak dengar tiga nota kecil buat abang hari ini.” Memang benar, tulisan Shira amat cantik.

“Ok. Tak ada masalah, nota kecil pertama, selawat selalu, jangan lupa.”Shira tersenyum.

“Ok. Tak lupa. Lagi?”, matanya mencari mata isterinya. Namun, mungkin isterinya agak kekok dengan keadaan itu. Sempat sahaja matanya itu dialihkan.

“Lagi... al-Fatihah bukan untuk orang meninggal je. Untuk kita jugak.”



“Ok.. lagi.. last, nak yang boleh buat abang ingat sampai bila-bila.”, nada suaranya seperti berbisik  dan mulutnya didekatkan pada telinga isterinya. Shira yang sedikit kekok mahu mencabar keberanian suaminya. Terus kakinya dihinjit. Tangannya memeluk leher suaminya. Kekok! Tapi tetap mahu!!

“Lastly.. Shira Hanani bt. Ibrahim sayang suami dia, Adam Rashidi bin Izhar. Saya mahu bahagia bersama  suami saya sampai syurga. Amin!”, kata-katanya yang diakhiri dengan jerit menyebabkan Adam Rashidi  tersenyum. Dia terus mengucup ubun-ubun isterinya. Masing-masing menahan malu. “Abang dah sedia nak pakai jubah putih yang Shira bagi. Kita naik haji tahun ni, nak? Kita ajak mak, ayah, ummi, walid, Aina.” Shira tersenyum. Cepat-cepat dia mengangguk. Alhamdulillah. Aku bahagia!!

 Nota kecil dari Shira: boleh jadi yang kita tidak suka, itu terbaik buat kita, dan boleh jadi yang kita suka dan agung-agungkan tu tidak baik untuk kita.

Nota kecil dari Rashidi: aku malu mengenangkan pergaduhan aku dengan walid. Betapa aku tak perlu menolak Syahira. Apa pun, walid! You’re the best walid in the world! Cayalah!”

No comments:

Post a Comment