Sunday, May 15, 2011

tarbiyah cintaNya


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

بسم الله الرحمن الرحيم..


Hanya pujiku kupanjatkan padaMu ya Allah.. kuatkan hati-hati kami dalam berjuang,kentalkan jiwa-jiwa kami menghadapi mehnahMu..


Berapa kali blog ni akan ditinggalkan bersawang, wallahua’lam la. Aku terlalu sibuk dengan latihan ilmiah a.k.a thesis aku untuk dapatkan ijazah. Itu wajib ditunaikan mungkin. Apa yang aku fikir sekarang, mak dan ayah di kampung. Aku terlalu rindu dengan mereka. Penulisan thesis ni tinggal lagi insya Allah 30 % untuk siap. Semoga dipermudahkan segala urusan. Dah pulang ke rumah nak rehat dulu seminggu dua baru start cari kerja, begitulah rancangannya. Letih menghadap buku mungkin. Lagipun, terlalu seronok bila ada sahabat-sahabat yang cakap, dah nak jilid dah ni. Aku pun nak jilid jugak! Tapi belum siap lagi...


 Ada kawan-kawan yang sudah berada di rumah boleh bermain-main dengan akuk buah mereka dah. Aku pulak?? Masih bermain-main dengan buku macam-macam. Tarbiyah buat aku yang memang suka lengahkan kerja mungkin.=.=. tak mengapa, ingat Allah, biar setiap kali jari menyentuh keypad laptop ni, hati merindui Allah dan  akan tersenyumlah walau sedikit tertekan menganalisis data, mungkin. Ingat Allah! Allah ingat kita! Kan? Kan?


Benar, kita takkan kuat andai sendirian. Aku belajar ni semua dari pengalaman. Kita takkan kuat andai diuji sendiri tapi andai kita ada yang menyokong, kita akan kuat. 

Saat ini ada sesuatu yang bermain-main di fikiran aku..ya Allah kuatkan kami.. kuatkan aku..




Friday, April 8, 2011

berubah!!



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang

Alhamdulillah, hari ini aku masih dapat bangun, merasai nikmat kehidupan , merasai nikmat kesihatan, Alhamdulillah , hanya Zat yang Esa yang layak dipuji.  Kehidupan dunia banyak menduga kita. Dari setiap 
anggota hingga bayang kita juga diuji. Begitulah hikmah Allah menjadikan manusia.

“Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beriabadah kepadaku”… Az.Zariat 56.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglH-x75eLTd3FmDrCbAcnOldVdjXC8oRbfvHLkW3FgvJoVdPFDug_hGst-kx9Bo0OcPa1J-PkxjNYh_6Nf8JW3ev1wQ5a7gbeCitixWLa6z9j2sllJ3NSPtgwz9nEQS27FUUm_zzWieFo/s1600/muslimah-solehah-1.jpg
subhakullah cantik kan??
Apakah kita sudah lupa janji kita sewaktu masih didalam rahim ibu kita? Hari ini aku menangis. Mengenangkan dosa semenjak dua tiga hari yang berlalu. Astagfirullahal azim. Bagaimaku mungkin masih memikirkan keseronokan dunia sebegitu rupa hingga melupakan terus apa yang selama ini aku pertahankan.


Bagaimaku mungkin aku begitu rakus , ya Allah. Bagaimaku mungkin? Aku melupakan ayatMu. Bagaimaku mungkin aku menjauhkan diri dari suruhanMu, mendekati laranganMu.

Hari ni mood aku terganggu teruk. Buku masih dalam keadaan sama , dari tadi. Sedangkan hati resah memikirkan dunia. Inilah dia iman manusia. Iman aku yang naik turun naik turun. Aduh! Bila dah jatuh hingga terlalu dalam.

Sejuk sudah kaki calon mayat. Bila terfikir.... mungkin sebentar lagi Malaikat Maut akan menjemput!!

.. tak nak jadi gini lagi!..
... saya nak jadi penghuni syurga!!..
...saya tak nak titik hitam melegamkan hati saya!!..



jom taubat !

Wednesday, April 6, 2011

Bukan merepek


Bismillahirahmanirrahim

Hanya ini




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvjEYpNr11jCAUjtxfWBqeUaSqXo-0drXaPNyuq6rjdvzesyPMiEjKBy3u7qpvctg8ZgKDcG0sjyjIxaTDOUGrrccv1wJv2LCH6x-bys8dqNSOrDJhF-91qEFOB5ABYgOVn02JQPcoXnM/s320/ruqaiyyah0975.jpg
ini beg!!



dan ini

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhshNHkbXXrFvNRatvo2MOA5kFDAU3lLQjMMfuZDNR2OhSl7ZxEaMU3MUwYCAIAZYIcs7-KZ-A6Hfbkmd_pc1p2TWzJbs-6JUxjIZsKd8tY2Y027xtgEQLkc3uL28lSiRtE6a-xDISNDtE/s320/ruqaiyyah0977.jpg
kakak tu memang rajin! saje snap!>.<








Dah!!

Selamat berjuang!!!  nad  mesti sedih jugak, 



dan ..


... aku ke yang akan menangis?... 



T_T


mesti kuat! sebab ummat Islam tu kuat!!

Tuesday, April 5, 2011

Jihad!kuatkan jiwamu!


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah 6 April 2011 dan tinggal 1 hari setengah bak kata seorang penuntut Universiti Tanta  untuk pulang belajar dan menuntut ilmu di negara orang. Mungkin agak tidak sukar untuk dia pulang ke saku fikir aku. Keraku dia sudah besar! Tapi setiap butir luahan perasaannya macam agak sukar meninggalkan bumi Malaysia. Pasti dia akan menangis! tapi itulah perjuangan, dan setiap sederap nafasnya andai dia ikhlaskan dirinya pasti pahala mengiringinya. Peluang syahid itu terlalu besar! Ibnu sabil kata orang~betul?

Aku sebenarnya kagum dengan mereka yang belajar di negara orang, keraku bagi aku mereka kuat! Hidup di negara orang tak mudah. Kekadangnya adat mereka terlalu jauh berbeza dari adat kita. Adat kita baik begitu, namun bagi yang tidak faham mungkin hadiahnya sepak dan terajang! >.<. sebenarnya aku pun ada keinginan untuk belajar ke Mesir ada sangat-sangat!!!triple likes! Aku suka bahasa arab! Terlalu suka! Tetapi aku sedia maklum banyak keterbatasan dan ketidakmampuan itu boleh menghalang aku.
Teruskan berjihad duhai sahabat! tinggikan nilai Islam!
mampukah

( 3: 142) Apakah kamu menduga akan dapat masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan (belum nyata) orang-orang yang sabar.

Jihad is korban! Jihad itu mengorbankan apa yang kita suka andai yang kita suka itu tidak membawa manfaat dan mendekati apa yang kita benci andai untuk akhirat nanti apa yang kita benci itu jauh membawa manfaat!! Maknanya, andai hari ini kamu penggemar online game dan pembenci  solat sunat, itu yang harus kamu jihadkan! Melawan kembali arus  yang sudah terbalik pada otak kamu! Namun, itu hakikatnya, online game itu amat menyeronokkan, malah manusia akan mencari-cari kebaikan didalam game itu berbanding jika tidak bermain game! Dan alasan itu memanjakannya!

Berbanding alasan solat sunat yang diselangi dengan kesusahan dan ketidakmampuan. Aku tak sempat dhuha hari ni, kuliah jam 8 pagi. Tetapi dicelah-celahnya gap tidak dimanfaatkan. Solat itu tidak mudah! Malah ia berat! Walau ia menuntut hanya 5 minit ke 10 minit andai bersamanya solat sunat yang lainnya. Keraku itulah kita wajib bersabar dalam beramal. Ingat mudah ke sabar ketika solat? Sabar untuk kusyuk didalam setiap butir yang kita lafazkan, penuh teliti dalam gerak langkah solat, perlu sabar dalam rakaat-rakaatnya. Masya Allah, 4 rakaat itu sudah susah! Itulah jihad!
Semuanya dari hati, dari jiwa kita. Jangan manjakan nafsu kejahatan! Jangan biarkan nafsu itu datang bersama alasan yang menenangkan hatimu walau pada hakikatnya itu akan menjauhkanmu dari Allah!

Buat sahabat-sahabat aku!selamat bermujahadah di bumi Anbiya! Untuk Maryam Mohd Din, doa aku moga enti terus bersinar! Teruskan jihadmu duhai sahabat. Biar bibirmu basah dengan dakwah! Mabruk, ya ukht!
Buat Ibn Nasir,  selamat berjuang dan berjihad! Semangat kamu terlalu besar, hingga aku malu keraku aku hanya seorang penuntut ilmu di bumi Malaysia yang tidak kuat berbanding kamu! Teruskan semangat itu!
Dan buat sahabat-sahabat aku di UKM, semusim kita bersama sudah tiba keakhirnya. Mungkin kita akan berjumpa lagi selepas hari esok, mungkin kita tidak akan ada peluang untuk berjumpa lagi. Ukhuwah ini terlalu manis! Terlalu indah untuk dikenangi!

T_T.. tiba-tiba aku sudah mahu menangis..sob3* >.<

JOM! Teruskan berjuang duhai sahabat sahabiah!

Dearest wanita bertudung labuh part 1



Bismillahirahmanirrahim..
Sebelum segala-galanya aku mulakan, aku nak menghadiahkan hadiah buat antum :

(34: 23). dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu Dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka Dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" sebahagian di antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia lah jua Yang Maha tinggi keadaannya, lagi Maha besar kekuasaanNya..

Manusia makin terbuka! Setuju? Manusia semakin meringankan tuntutan agama! Manusia makin mudah memperlekehkan tahajjud! Makin mudah memperlekehkan waktu yang ada untuk halaqah! Manusia makin mudah menentang apa yang sudah menjadi fardhu! Nauzubillah~
Apakah mata kita tidak melihat ayat-ayat Allah, lalu kita dustakan setiap yang Allah perintah. Kita mudah lupa!!kita terlalu mudah alpa!!

(36:77.)  tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, Bahawa Kami telah menciptakan Dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka Dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah Yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang Yang mati).

Astagfirullahal’azim.. seorang pendusta kita rupanya! Renungkan dalam-dalam! Hari ini dhuha kita sudah lakukan? Hari-hari yang berlalu adakah berlalu dengan tanpa dosa?! Dengan sesempurnanya…
Allah mengarahkan kita.. malang sekali… kita tidak sedar kita asalnya dari Dia!
Allah mengarahkan kita: labuhkan hijabmu, jawab pembantah? oh no!!!this is what we call fashion! Up to date la skit!! Ala, bukan tak tutup, kita kan tutup. Maku nampak warna tubuh, kan?? ..kau nampak lagi kurus macam ni!

Pembantah lagi akan mengejek: alamak! Tangan aku tak de tisu la.. tudung kau kan besar! Bak sini nak  lap tangan!

Pembantah mendesis lagi: eh! Kau ni, bukak je la tudung, aku naik rimas tengok tudung kau besar-besar! Kau tak pakus?aku yang tengok kau pulak pakus tahu?!

Lantas kamu disorak! “ woi! Tudung dah macam kain selimut!” mahu tidak menitis air mata1 disorak begitu dikhalayak ramai. Tapi tidak mengapa, mungkin mereka belum disedarkan Allah..


http://images.ruangmuslimah.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/Rp689woKCmsAAHhzWt41/504408644l.jpg?et=GsmqZ4sk8EDt%2CEv%2CNI%2Bm%2Bw
please never being sad!!! we all have ALLAH!!
Kamu sedih hati duhai seorang perempuan bertudung labuh? Hati kau sakit keraku orang mempermainkan pakaian dan imejmu?  Lalu kamu berfikir, benarkah aku tidak up to date? Benarkah lelaki tidak mendekatiku keraku imej aku yang tampak tak bergaya. Aku tanpa make up, aku tidak tahu apa itu mascara, apa itu eye liner? Tudungmu itu terlalu besar? Terlalu tebal?

Lalu kekadangnya wanita itu mencuba! Ada mata-mata yang sudah melihat!panah!terus panah! Terus panah! Itu tugasnya syaitan. Jiwa itu meronta dalam ingin dan tidak! Mahu mengubah imej. Atau mahu kekal. Terus wajah kau hadapkan pada mereka yang bertudung lagi labuh darimu! Mukanya penuh jerawat! Namun mulutnya selalu basah dengan dakwah! Masya Allah! Perempuan solehah itu sudah bernikah? Mengapa ada lelaki yang mahukannya, padahal wajahnya tidak seindah wajahku! Tahulah kamu.. jodoh itu dan cinta itu tidak melihat wajah! Keraku andai kau percaya pada janji Allah, si dia akan hadir! Sudah tentu andai kau elok imanmu dikurniakan dengan rijal yang soleh! itu kan janji!! Bagaimaku mungkin ada pada jiwa kamu rasa ragu-ragu dengan Tuhan kamu?! Apalah status kamu!hanya hamba! Kamu tahu status hamba didalam Islam bukan? Mengikut! Hatta setiap milikmu itu milik tuanmu, begitulah kamu dengan Tuhanmu!! Allah! Lalu Alhamdulillah kamu kembali kepada jalan yang benar..
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs395.ash2/67318_1538234747602_1586896972_1224388_3121381_n.jpg
indah sesangat bertudung labuh

Usah sedihkan jiwamu dengan kejian orang! Sekalipun kau dijatuhkan dikhalayak ramai! Keraku kita semua bukan belum pernah merasai. Akui itulah dugaannya. Tidak mengapa, andai hari ini kita bertahan dengan pakusnya cuaca , lalu kita tetap melitupkan seluruh aurah kita dengan hijab yang sempurna, Allah akan sejukkan kita dan diakhirat! Allah akan sejukkan kita dikala bahang api neraka itu mendekati mereka! Lalu andai kau juga sayangkan mereka.. bimbingi mereka dengan imej kita! Ya Allah, litupilah kami selalu dengan rahmatMu. Biar kami semua terlindung dari bahang api nerakaMu. Kasihi kami.. kasihi kami… amin~



Nikah connecting people!



Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, sebening cuaca hari ini.. seredup cahaya yang melindungi kita dari bahang pakus..  syukur kehadrat Ilahi.. jam ini, kita masih lagi berada di bumi Allah.. masih bernafas pun, darah kita masih mengalir, anggota badan kita masih boleh digerak-gerakkan. Masya Allah, Subhakullah.. tanpa izinNya sudah pasti segalanya tidak akan menjadi..

Baiklah.. fuh! Jawab soklan ni dulu, 24 itu umur yang BESAR ke kecik je?? Kalau siapa setuju  awok cakap kecik angkat tangan macam ni!~~  kecik kan?kan? >.< . sebagai seorang budak perempuan.. erm.. ke wanita?? Maku-maku la kan? Sebagai  seorang perempuan yang berumur 23 belum mencecah 24, aku terfikir.. kenapa semua ramai kawan-kawan dah nikah!!!aku  sudah tua kah? Belum..belum.. hati kecik menjawab.. XD

Ok STOP!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuJulgjWf-s_0wXyGngZef4r8oWH8NZn6abqjcR_MTh_DXph88VyyGPk_MTqOLC0lTVx8Bvt7cmcDUn0qvnzmEipVtnc0FhppeUdgBir9KiToSMalWrxMV1UIScHgl5YyVmGEo4ticdZQ/s1600/logo+nikah_.jpg
Sahabat-sahabat seperjuangan ramai yang sudah bertunang, dan sudah ramai yang meminta aku kasi depa semua alamat!! Almaklumlah sudah lama tak on fb tup tup on? Jadik macam gni pulak.aku baru tau  Kak Gi dah nikah, aku  baru tau Munirah dah tunang, yang ni dah nak nikah yang tu dah nak nikah. Dan sahabat aku yang belajar kat Kaherah pun dah nak nikah! ^^..

Teruskan perjuanganmu duhai sahabat sekalian! Biar bumi ini melimpah dengan ruh Islam! Lahirkan generasi soleh solehah!  Dan jangan lupa doakan aku! Soleh insya Allah!!

Rabbana hablana min azwajina wadzurriyatina qurrata a’yun waj’alna lil muttaqina imama (QS. 25 : 74)


Doa!!jangan lupa!=)


Ok! Dah! Assalamualaikum




Aku di liang lahad


بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful..

Selawat dan salam diposkan buat kekasih hati, Muhammad bin Abdullah, Sayyidul Amin.. Khatamul Anbiya’, semoga syafaatmu sentiasa terbuka kepada kami ummatmu.. amin, amin ya Rabbal alamin. Kepada sahabat-sahabiah, kepada tabi’ tabiin, ahli keluarga baginda.

Sesungguhnya, bila mendengar cerita dan kasihnya..masya Allah, terasa malu menyatakan cinta kepadanya. Ummatmu ini terlalu dhaif dalam menggapai cintaNya. Terlalu alpa didalam dunia ini.


Assalamualaikum, antum kullukum , kaifa halukum! Eh, tersemangat pulak, al-maklumlah, blog yang bersawang ni baru nak dibersihkan balik. Baru-baru ni, rosak pulak dia >.<.. amat sedih! Tapi tak apa, wajar diisikan dengan banyak benda baru. Oleh itu aku mencuba wordpress. Aku makin rabun IT bila mencuba wordpress, masya Allah! Xdapat pulak macam-macam~ T_T .. akhirnya...  sudah!aku tinggalkan terus! Dan belek buku plak! Alhamdulillah~


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxgQFw_cG5uWDfcHWICsAE-Lwgj9nl1gDEGhPKPrz_GpJoXXO_GQqWK3nUTpDqc3JAErraKCbu09dVwg5SJ0HXXmCf4fG4Xv8Q6A50114NvcnaKHRUf9dITNsJ0oBAm5C5f25Nuce3PkW7/s320/kubur.jpeg
Hari ni aku nak berkongsi mimpi yang tak tahu nak disifatkan macam maku. Seram? Sedih? Takut? Gembira mungkin jauh sekali. Masya Allah.. mungkin ini warning dari Allah keraku aku dah berhari-hari melalaikan ma’thurat. Amat kesal! Namun setiap itu ada hikmahnya, i’ve got the point! Wajib berubah!

Begini kisahnya,

Sebelum tido aku memandang siling dan terfikir jugak, “masya Allah.. dah banyak hari ma’thurat tak sentuh”. Tangan terus dilekapkan pada dahi dan aku melelapkan mata..


...aku didatangi oleh seorang  lelaki , umurnya mungkin sekitar umur ayah aku, bajunya berkotak-kotak merah biru gitu. Dia cakap kat aku “ Masa kamu sudah tidak lama”. Gulp! Aku cukup takut ketika itu.  Bila lelaki itu berlalu tak lama kemudian lelaki lain datang, kali ini lelaki itu berjubah putih. Aku lupa wajahnya! Ditangannya ada batu nisan.. tahu? Aku mengambilnya dan memeluknya. Apa yang ada diminda cuma.... waktunya sudah tiba..

Aku akan tinggalkan dunia ini.  Namun amalku? Apa yang ada dihati aku ketika itu cuma kesedihan dan ketakutan. Kepada ibu bapa aku, aku ceritakan kisah ini..aku sudah melihat kuburan aku bagaimaku.. sudah merasa kain putih itu..


“duhai tanah, esok hari aku akan berada diantara setiap ruang tanahmu..”


aku takut dengan mimpi itu.. apakah mungkin akan ada peluang begini? Masya Allah, apa lebihan amal  yang hambaMu ini lakukan. Sungguh! Aku tak bersedia!



Antum sekalian..

Peluang dan ganjaran umur ini terlalu mahal. Mampukah kita berlawan dengan azab kubur? Aku terlalu gentar. Semoga mimpi ini akan sentiasa ada didalam ingatan. Dan alhamdulillah, hari ini aku masih bernyawa. Aku nak beribadah! Aku nak menujuNya!


Ya Allah, panjangkan umurku kerana aku memerlukan waktu untuk meraih redhaMu!!!

Amin~



 USAHA SEBELUM TERLAMBAT!!!