Showing posts with label bisik di hati. Show all posts
Showing posts with label bisik di hati. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Jihad!kuatkan jiwamu!


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah 6 April 2011 dan tinggal 1 hari setengah bak kata seorang penuntut Universiti Tanta  untuk pulang belajar dan menuntut ilmu di negara orang. Mungkin agak tidak sukar untuk dia pulang ke saku fikir aku. Keraku dia sudah besar! Tapi setiap butir luahan perasaannya macam agak sukar meninggalkan bumi Malaysia. Pasti dia akan menangis! tapi itulah perjuangan, dan setiap sederap nafasnya andai dia ikhlaskan dirinya pasti pahala mengiringinya. Peluang syahid itu terlalu besar! Ibnu sabil kata orang~betul?

Aku sebenarnya kagum dengan mereka yang belajar di negara orang, keraku bagi aku mereka kuat! Hidup di negara orang tak mudah. Kekadangnya adat mereka terlalu jauh berbeza dari adat kita. Adat kita baik begitu, namun bagi yang tidak faham mungkin hadiahnya sepak dan terajang! >.<. sebenarnya aku pun ada keinginan untuk belajar ke Mesir ada sangat-sangat!!!triple likes! Aku suka bahasa arab! Terlalu suka! Tetapi aku sedia maklum banyak keterbatasan dan ketidakmampuan itu boleh menghalang aku.
Teruskan berjihad duhai sahabat! tinggikan nilai Islam!
mampukah

( 3: 142) Apakah kamu menduga akan dapat masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan (belum nyata) orang-orang yang sabar.

Jihad is korban! Jihad itu mengorbankan apa yang kita suka andai yang kita suka itu tidak membawa manfaat dan mendekati apa yang kita benci andai untuk akhirat nanti apa yang kita benci itu jauh membawa manfaat!! Maknanya, andai hari ini kamu penggemar online game dan pembenci  solat sunat, itu yang harus kamu jihadkan! Melawan kembali arus  yang sudah terbalik pada otak kamu! Namun, itu hakikatnya, online game itu amat menyeronokkan, malah manusia akan mencari-cari kebaikan didalam game itu berbanding jika tidak bermain game! Dan alasan itu memanjakannya!

Berbanding alasan solat sunat yang diselangi dengan kesusahan dan ketidakmampuan. Aku tak sempat dhuha hari ni, kuliah jam 8 pagi. Tetapi dicelah-celahnya gap tidak dimanfaatkan. Solat itu tidak mudah! Malah ia berat! Walau ia menuntut hanya 5 minit ke 10 minit andai bersamanya solat sunat yang lainnya. Keraku itulah kita wajib bersabar dalam beramal. Ingat mudah ke sabar ketika solat? Sabar untuk kusyuk didalam setiap butir yang kita lafazkan, penuh teliti dalam gerak langkah solat, perlu sabar dalam rakaat-rakaatnya. Masya Allah, 4 rakaat itu sudah susah! Itulah jihad!
Semuanya dari hati, dari jiwa kita. Jangan manjakan nafsu kejahatan! Jangan biarkan nafsu itu datang bersama alasan yang menenangkan hatimu walau pada hakikatnya itu akan menjauhkanmu dari Allah!

Buat sahabat-sahabat aku!selamat bermujahadah di bumi Anbiya! Untuk Maryam Mohd Din, doa aku moga enti terus bersinar! Teruskan jihadmu duhai sahabat. Biar bibirmu basah dengan dakwah! Mabruk, ya ukht!
Buat Ibn Nasir,  selamat berjuang dan berjihad! Semangat kamu terlalu besar, hingga aku malu keraku aku hanya seorang penuntut ilmu di bumi Malaysia yang tidak kuat berbanding kamu! Teruskan semangat itu!
Dan buat sahabat-sahabat aku di UKM, semusim kita bersama sudah tiba keakhirnya. Mungkin kita akan berjumpa lagi selepas hari esok, mungkin kita tidak akan ada peluang untuk berjumpa lagi. Ukhuwah ini terlalu manis! Terlalu indah untuk dikenangi!

T_T.. tiba-tiba aku sudah mahu menangis..sob3* >.<

JOM! Teruskan berjuang duhai sahabat sahabiah!

Nikah connecting people!



Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, sebening cuaca hari ini.. seredup cahaya yang melindungi kita dari bahang pakus..  syukur kehadrat Ilahi.. jam ini, kita masih lagi berada di bumi Allah.. masih bernafas pun, darah kita masih mengalir, anggota badan kita masih boleh digerak-gerakkan. Masya Allah, Subhakullah.. tanpa izinNya sudah pasti segalanya tidak akan menjadi..

Baiklah.. fuh! Jawab soklan ni dulu, 24 itu umur yang BESAR ke kecik je?? Kalau siapa setuju  awok cakap kecik angkat tangan macam ni!~~  kecik kan?kan? >.< . sebagai seorang budak perempuan.. erm.. ke wanita?? Maku-maku la kan? Sebagai  seorang perempuan yang berumur 23 belum mencecah 24, aku terfikir.. kenapa semua ramai kawan-kawan dah nikah!!!aku  sudah tua kah? Belum..belum.. hati kecik menjawab.. XD

Ok STOP!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuJulgjWf-s_0wXyGngZef4r8oWH8NZn6abqjcR_MTh_DXph88VyyGPk_MTqOLC0lTVx8Bvt7cmcDUn0qvnzmEipVtnc0FhppeUdgBir9KiToSMalWrxMV1UIScHgl5YyVmGEo4ticdZQ/s1600/logo+nikah_.jpg
Sahabat-sahabat seperjuangan ramai yang sudah bertunang, dan sudah ramai yang meminta aku kasi depa semua alamat!! Almaklumlah sudah lama tak on fb tup tup on? Jadik macam gni pulak.aku baru tau  Kak Gi dah nikah, aku  baru tau Munirah dah tunang, yang ni dah nak nikah yang tu dah nak nikah. Dan sahabat aku yang belajar kat Kaherah pun dah nak nikah! ^^..

Teruskan perjuanganmu duhai sahabat sekalian! Biar bumi ini melimpah dengan ruh Islam! Lahirkan generasi soleh solehah!  Dan jangan lupa doakan aku! Soleh insya Allah!!

Rabbana hablana min azwajina wadzurriyatina qurrata a’yun waj’alna lil muttaqina imama (QS. 25 : 74)


Doa!!jangan lupa!=)


Ok! Dah! Assalamualaikum




Aku di liang lahad


بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful..

Selawat dan salam diposkan buat kekasih hati, Muhammad bin Abdullah, Sayyidul Amin.. Khatamul Anbiya’, semoga syafaatmu sentiasa terbuka kepada kami ummatmu.. amin, amin ya Rabbal alamin. Kepada sahabat-sahabiah, kepada tabi’ tabiin, ahli keluarga baginda.

Sesungguhnya, bila mendengar cerita dan kasihnya..masya Allah, terasa malu menyatakan cinta kepadanya. Ummatmu ini terlalu dhaif dalam menggapai cintaNya. Terlalu alpa didalam dunia ini.


Assalamualaikum, antum kullukum , kaifa halukum! Eh, tersemangat pulak, al-maklumlah, blog yang bersawang ni baru nak dibersihkan balik. Baru-baru ni, rosak pulak dia >.<.. amat sedih! Tapi tak apa, wajar diisikan dengan banyak benda baru. Oleh itu aku mencuba wordpress. Aku makin rabun IT bila mencuba wordpress, masya Allah! Xdapat pulak macam-macam~ T_T .. akhirnya...  sudah!aku tinggalkan terus! Dan belek buku plak! Alhamdulillah~


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxgQFw_cG5uWDfcHWICsAE-Lwgj9nl1gDEGhPKPrz_GpJoXXO_GQqWK3nUTpDqc3JAErraKCbu09dVwg5SJ0HXXmCf4fG4Xv8Q6A50114NvcnaKHRUf9dITNsJ0oBAm5C5f25Nuce3PkW7/s320/kubur.jpeg
Hari ni aku nak berkongsi mimpi yang tak tahu nak disifatkan macam maku. Seram? Sedih? Takut? Gembira mungkin jauh sekali. Masya Allah.. mungkin ini warning dari Allah keraku aku dah berhari-hari melalaikan ma’thurat. Amat kesal! Namun setiap itu ada hikmahnya, i’ve got the point! Wajib berubah!

Begini kisahnya,

Sebelum tido aku memandang siling dan terfikir jugak, “masya Allah.. dah banyak hari ma’thurat tak sentuh”. Tangan terus dilekapkan pada dahi dan aku melelapkan mata..


...aku didatangi oleh seorang  lelaki , umurnya mungkin sekitar umur ayah aku, bajunya berkotak-kotak merah biru gitu. Dia cakap kat aku “ Masa kamu sudah tidak lama”. Gulp! Aku cukup takut ketika itu.  Bila lelaki itu berlalu tak lama kemudian lelaki lain datang, kali ini lelaki itu berjubah putih. Aku lupa wajahnya! Ditangannya ada batu nisan.. tahu? Aku mengambilnya dan memeluknya. Apa yang ada diminda cuma.... waktunya sudah tiba..

Aku akan tinggalkan dunia ini.  Namun amalku? Apa yang ada dihati aku ketika itu cuma kesedihan dan ketakutan. Kepada ibu bapa aku, aku ceritakan kisah ini..aku sudah melihat kuburan aku bagaimaku.. sudah merasa kain putih itu..


“duhai tanah, esok hari aku akan berada diantara setiap ruang tanahmu..”


aku takut dengan mimpi itu.. apakah mungkin akan ada peluang begini? Masya Allah, apa lebihan amal  yang hambaMu ini lakukan. Sungguh! Aku tak bersedia!



Antum sekalian..

Peluang dan ganjaran umur ini terlalu mahal. Mampukah kita berlawan dengan azab kubur? Aku terlalu gentar. Semoga mimpi ini akan sentiasa ada didalam ingatan. Dan alhamdulillah, hari ini aku masih bernyawa. Aku nak beribadah! Aku nak menujuNya!


Ya Allah, panjangkan umurku kerana aku memerlukan waktu untuk meraih redhaMu!!!

Amin~



 USAHA SEBELUM TERLAMBAT!!!

Friday, January 21, 2011

keluhan jiwa

Bismillahirahmanirahim..
Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW, ahli bait , dan sahabat . Semoga kita sentiasa mengingati akan nikmatnya dapat bergerak bebas di dalam dunia yang luas ini. Betapa kita takkan mampu membayar atas kenikmatan yang diberikan, dan lagi malang andai kita bersikap sombong dengan Allah , dengan membuat kemungkaran sebagai balasan nikmat yang diberikan kepada kita.
Duhai sahabat sahabiah,renungi kata-kata ini..
“ aku tidak mempunyai sesuatupun untuk aku agungkan melainkan umur kehidupan aku. Apabila modalku untuk hidup sudah habis aku akan mula merasa resah, tiada lagi keuntungan buatku didalam perniagaanku, tiada lagi yang akan aku banggakan kerana tempoh kenikmatan umur mudaku sudah habis. Dan aku tahu, andai esok aku sudah tiada pasti  aku akan sedih dan menangis . aku pasti akan meminta dari Allah agar menghidupkan aku lagi. Aku jamin dan aku amat pasti jika peluang itu aku dapat aku akan beribadah sesungguh-sungguhnya. Berilah aku peluang lagi. Ketika itu…. rayuan aku tidak didengari lagi. Bila ditanya ma rabbuka.. pasti aku tidak dapat menjawabnya..padahal aku mahu menjawabnya.”
Ya Allah! Berilah peluang.. hidupkanlah aku . sekejap saje..aku akan beribadat padaMu tanpa henti. Ampunkan aku ya Allah.. berilah peluang..
menangis… meratap.. namun,,,aku tetap takkan ditiupkan ruh kembali. Siapalah aku. Seorang yang penuh dosa…aku bukan insan istimewa.
“duhai jiwa, anggaplah hari ini hari baru. Hari ini Allah hidupkan kamu kembali. Untuk kau beribadah. Jangan bermain dengan dunia walau sedetik pun, sebab esok kau sudah tiada. Bangun dan lakukan amalmu. Keluarkan segala hartamu kejalan Allah. Jangan lepas dari mengucap salam kepada manusia, jangan lepas untuk tersenyum. Andai ada yang mengejimu,senyum kerana itu hanya untuk hari ini. Peluklah ibu bapamu, kucup pipi mereka sepuasnya, kerana esok kau akan pergi. Jangan membuat dosa walau satu pun!!! Kerana esok kau pergi dengan aman. Kau takkan menyesal lagi.”
“jiwa! Bangun! Jom buat ibadah! Biar orang mengata! Kerana mereka tidak tahu kisah hidupmu. Pelihara anggotamu selengkapnya! Jangan sia-sia walau sebesar zarah! Teruskanlah usaha murnimu. Semoga kamu akan bisa bersedia bila malaikatNya datang mencabut ruh mu buat kali kedua..”

salam taaruf

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Bismillahirahmanirrahim..
Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W, dan pada keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda. Moga kita sentiasa dalam keredhaanNya. Walau dalam apa juga amal ibadah ataupun adat kita seharian…
Duhai jiwa-jiwa mukmin.. andaikan kau pernah terleka, kejutkan batin dan nalurimu.. bangun kembali menghadap fitrahmu.. dakap kembali kasih sayangmu pada iman..peluk kembali peganganmu.. semoga kamu dan aku.. tidak akan tersesat dari menggapai cintaNya. Cinta pada Rabbul Izzati..
Kejutkan jiwamu yang nakal.. sapu kedua-dua mata hatimu. Celiklah melihat realiti dunia. Buntangkan matamu !lihatlah dosa-dosamu yang menggunung! !lihatlah kekerdilan nilaian pahalamu. Aku dan kamu juga sama.. aku juga manusia. Pernah berdosa, dan sehingga hari ini… aku masih berdosa. Itulah kita insan..
Namun, semoga hari ini berlangsung dengan segala-galanya sudah dikesali. Mari kita kembali kepada sejadah. Supaya kita tidak akan melakukan lagi dosa dan sentiasa merugi. Allah masih menyayangi kita! Kita berbuat dosa.. namun, Allah membalasnya dengan nikmat..subhanallah…
Wallahua’lam