Tuesday, April 5, 2011

Jihad!kuatkan jiwamu!


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah 6 April 2011 dan tinggal 1 hari setengah bak kata seorang penuntut Universiti Tanta  untuk pulang belajar dan menuntut ilmu di negara orang. Mungkin agak tidak sukar untuk dia pulang ke saku fikir aku. Keraku dia sudah besar! Tapi setiap butir luahan perasaannya macam agak sukar meninggalkan bumi Malaysia. Pasti dia akan menangis! tapi itulah perjuangan, dan setiap sederap nafasnya andai dia ikhlaskan dirinya pasti pahala mengiringinya. Peluang syahid itu terlalu besar! Ibnu sabil kata orang~betul?

Aku sebenarnya kagum dengan mereka yang belajar di negara orang, keraku bagi aku mereka kuat! Hidup di negara orang tak mudah. Kekadangnya adat mereka terlalu jauh berbeza dari adat kita. Adat kita baik begitu, namun bagi yang tidak faham mungkin hadiahnya sepak dan terajang! >.<. sebenarnya aku pun ada keinginan untuk belajar ke Mesir ada sangat-sangat!!!triple likes! Aku suka bahasa arab! Terlalu suka! Tetapi aku sedia maklum banyak keterbatasan dan ketidakmampuan itu boleh menghalang aku.
Teruskan berjihad duhai sahabat! tinggikan nilai Islam!
mampukah

( 3: 142) Apakah kamu menduga akan dapat masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan (belum nyata) orang-orang yang sabar.

Jihad is korban! Jihad itu mengorbankan apa yang kita suka andai yang kita suka itu tidak membawa manfaat dan mendekati apa yang kita benci andai untuk akhirat nanti apa yang kita benci itu jauh membawa manfaat!! Maknanya, andai hari ini kamu penggemar online game dan pembenci  solat sunat, itu yang harus kamu jihadkan! Melawan kembali arus  yang sudah terbalik pada otak kamu! Namun, itu hakikatnya, online game itu amat menyeronokkan, malah manusia akan mencari-cari kebaikan didalam game itu berbanding jika tidak bermain game! Dan alasan itu memanjakannya!

Berbanding alasan solat sunat yang diselangi dengan kesusahan dan ketidakmampuan. Aku tak sempat dhuha hari ni, kuliah jam 8 pagi. Tetapi dicelah-celahnya gap tidak dimanfaatkan. Solat itu tidak mudah! Malah ia berat! Walau ia menuntut hanya 5 minit ke 10 minit andai bersamanya solat sunat yang lainnya. Keraku itulah kita wajib bersabar dalam beramal. Ingat mudah ke sabar ketika solat? Sabar untuk kusyuk didalam setiap butir yang kita lafazkan, penuh teliti dalam gerak langkah solat, perlu sabar dalam rakaat-rakaatnya. Masya Allah, 4 rakaat itu sudah susah! Itulah jihad!
Semuanya dari hati, dari jiwa kita. Jangan manjakan nafsu kejahatan! Jangan biarkan nafsu itu datang bersama alasan yang menenangkan hatimu walau pada hakikatnya itu akan menjauhkanmu dari Allah!

Buat sahabat-sahabat aku!selamat bermujahadah di bumi Anbiya! Untuk Maryam Mohd Din, doa aku moga enti terus bersinar! Teruskan jihadmu duhai sahabat. Biar bibirmu basah dengan dakwah! Mabruk, ya ukht!
Buat Ibn Nasir,  selamat berjuang dan berjihad! Semangat kamu terlalu besar, hingga aku malu keraku aku hanya seorang penuntut ilmu di bumi Malaysia yang tidak kuat berbanding kamu! Teruskan semangat itu!
Dan buat sahabat-sahabat aku di UKM, semusim kita bersama sudah tiba keakhirnya. Mungkin kita akan berjumpa lagi selepas hari esok, mungkin kita tidak akan ada peluang untuk berjumpa lagi. Ukhuwah ini terlalu manis! Terlalu indah untuk dikenangi!

T_T.. tiba-tiba aku sudah mahu menangis..sob3* >.<

JOM! Teruskan berjuang duhai sahabat sahabiah!

No comments:

Post a Comment