Friday, January 21, 2011

keluhan jiwa

Bismillahirahmanirahim..
Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW, ahli bait , dan sahabat . Semoga kita sentiasa mengingati akan nikmatnya dapat bergerak bebas di dalam dunia yang luas ini. Betapa kita takkan mampu membayar atas kenikmatan yang diberikan, dan lagi malang andai kita bersikap sombong dengan Allah , dengan membuat kemungkaran sebagai balasan nikmat yang diberikan kepada kita.
Duhai sahabat sahabiah,renungi kata-kata ini..
“ aku tidak mempunyai sesuatupun untuk aku agungkan melainkan umur kehidupan aku. Apabila modalku untuk hidup sudah habis aku akan mula merasa resah, tiada lagi keuntungan buatku didalam perniagaanku, tiada lagi yang akan aku banggakan kerana tempoh kenikmatan umur mudaku sudah habis. Dan aku tahu, andai esok aku sudah tiada pasti  aku akan sedih dan menangis . aku pasti akan meminta dari Allah agar menghidupkan aku lagi. Aku jamin dan aku amat pasti jika peluang itu aku dapat aku akan beribadah sesungguh-sungguhnya. Berilah aku peluang lagi. Ketika itu…. rayuan aku tidak didengari lagi. Bila ditanya ma rabbuka.. pasti aku tidak dapat menjawabnya..padahal aku mahu menjawabnya.”
Ya Allah! Berilah peluang.. hidupkanlah aku . sekejap saje..aku akan beribadat padaMu tanpa henti. Ampunkan aku ya Allah.. berilah peluang..
menangis… meratap.. namun,,,aku tetap takkan ditiupkan ruh kembali. Siapalah aku. Seorang yang penuh dosa…aku bukan insan istimewa.
“duhai jiwa, anggaplah hari ini hari baru. Hari ini Allah hidupkan kamu kembali. Untuk kau beribadah. Jangan bermain dengan dunia walau sedetik pun, sebab esok kau sudah tiada. Bangun dan lakukan amalmu. Keluarkan segala hartamu kejalan Allah. Jangan lepas dari mengucap salam kepada manusia, jangan lepas untuk tersenyum. Andai ada yang mengejimu,senyum kerana itu hanya untuk hari ini. Peluklah ibu bapamu, kucup pipi mereka sepuasnya, kerana esok kau akan pergi. Jangan membuat dosa walau satu pun!!! Kerana esok kau pergi dengan aman. Kau takkan menyesal lagi.”
“jiwa! Bangun! Jom buat ibadah! Biar orang mengata! Kerana mereka tidak tahu kisah hidupmu. Pelihara anggotamu selengkapnya! Jangan sia-sia walau sebesar zarah! Teruskanlah usaha murnimu. Semoga kamu akan bisa bersedia bila malaikatNya datang mencabut ruh mu buat kali kedua..”

No comments:

Post a Comment