Tuesday, April 5, 2011

Aku di liang lahad


بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful..

Selawat dan salam diposkan buat kekasih hati, Muhammad bin Abdullah, Sayyidul Amin.. Khatamul Anbiya’, semoga syafaatmu sentiasa terbuka kepada kami ummatmu.. amin, amin ya Rabbal alamin. Kepada sahabat-sahabiah, kepada tabi’ tabiin, ahli keluarga baginda.

Sesungguhnya, bila mendengar cerita dan kasihnya..masya Allah, terasa malu menyatakan cinta kepadanya. Ummatmu ini terlalu dhaif dalam menggapai cintaNya. Terlalu alpa didalam dunia ini.


Assalamualaikum, antum kullukum , kaifa halukum! Eh, tersemangat pulak, al-maklumlah, blog yang bersawang ni baru nak dibersihkan balik. Baru-baru ni, rosak pulak dia >.<.. amat sedih! Tapi tak apa, wajar diisikan dengan banyak benda baru. Oleh itu aku mencuba wordpress. Aku makin rabun IT bila mencuba wordpress, masya Allah! Xdapat pulak macam-macam~ T_T .. akhirnya...  sudah!aku tinggalkan terus! Dan belek buku plak! Alhamdulillah~


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxgQFw_cG5uWDfcHWICsAE-Lwgj9nl1gDEGhPKPrz_GpJoXXO_GQqWK3nUTpDqc3JAErraKCbu09dVwg5SJ0HXXmCf4fG4Xv8Q6A50114NvcnaKHRUf9dITNsJ0oBAm5C5f25Nuce3PkW7/s320/kubur.jpeg
Hari ni aku nak berkongsi mimpi yang tak tahu nak disifatkan macam maku. Seram? Sedih? Takut? Gembira mungkin jauh sekali. Masya Allah.. mungkin ini warning dari Allah keraku aku dah berhari-hari melalaikan ma’thurat. Amat kesal! Namun setiap itu ada hikmahnya, i’ve got the point! Wajib berubah!

Begini kisahnya,

Sebelum tido aku memandang siling dan terfikir jugak, “masya Allah.. dah banyak hari ma’thurat tak sentuh”. Tangan terus dilekapkan pada dahi dan aku melelapkan mata..


...aku didatangi oleh seorang  lelaki , umurnya mungkin sekitar umur ayah aku, bajunya berkotak-kotak merah biru gitu. Dia cakap kat aku “ Masa kamu sudah tidak lama”. Gulp! Aku cukup takut ketika itu.  Bila lelaki itu berlalu tak lama kemudian lelaki lain datang, kali ini lelaki itu berjubah putih. Aku lupa wajahnya! Ditangannya ada batu nisan.. tahu? Aku mengambilnya dan memeluknya. Apa yang ada diminda cuma.... waktunya sudah tiba..

Aku akan tinggalkan dunia ini.  Namun amalku? Apa yang ada dihati aku ketika itu cuma kesedihan dan ketakutan. Kepada ibu bapa aku, aku ceritakan kisah ini..aku sudah melihat kuburan aku bagaimaku.. sudah merasa kain putih itu..


“duhai tanah, esok hari aku akan berada diantara setiap ruang tanahmu..”


aku takut dengan mimpi itu.. apakah mungkin akan ada peluang begini? Masya Allah, apa lebihan amal  yang hambaMu ini lakukan. Sungguh! Aku tak bersedia!



Antum sekalian..

Peluang dan ganjaran umur ini terlalu mahal. Mampukah kita berlawan dengan azab kubur? Aku terlalu gentar. Semoga mimpi ini akan sentiasa ada didalam ingatan. Dan alhamdulillah, hari ini aku masih bernyawa. Aku nak beribadah! Aku nak menujuNya!


Ya Allah, panjangkan umurku kerana aku memerlukan waktu untuk meraih redhaMu!!!

Amin~



 USAHA SEBELUM TERLAMBAT!!!

No comments:

Post a Comment