Friday, January 21, 2011

syukur

bismillahirahmanirahim.,
salah satu artikel dari aku.. semoga bermanfaat,
Syukur adalah suatu kata kerja yang terdiri dari syakara- yasykuru-syukran. Ia dapat diertikan dengan ucapan terima kasih terhadap apa yang dinikmatkan. Namun, syukur merupakan ucapan terima kasih yang boleh dikatakan terhad hanya kepada Allah Azzawajalla, iaitu seruan kesyukuran dari seorang hamba kepada Rabbnya yang Esa. Orang-orang yang amat suka bersyukur biasanya memiliki hati yang suci dan tidak ego. Jika kita amati, orang yang tidak bersyukur akan merasa tidak cukup dan amat jauh dari perasaan qakuah. Oleh itu, kehidupan mereka akan sentiasa berlalu dengan ketidakpuasan hati yang cukup tinggi disusuli dengan keluhan demi keluhan.
Sesungguhnya, kita sudah diingatkan Allah melalui qalamNya dari surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi,
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya, dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
Kita sedia maklum, sesungguhnya, Allah langsung tidak mengharap dan memerlukan bantuan serta keegoan kita. Jika kita bersyukur dengan ketulusan hati kita  pun, sesungguhnya, apa yang ada pada Allah tidak akan hilang walau sedikit pun. Begitu juga, andai kita derhaka sekalipun, berjalan dengan sombong diatas muka bumi ini pun, Allah tidak akan merasa kekurangan atau penambahan walau sedikit pun.
Kesyukuran itu berada di hati ataupun pada niat kita. Bukannya pada perilaku yang kita tampilkan. Manusia yang suka menunjuk-nunjuk amalan yang diibaratkan sebagai syukur tetapi tidak bersyukur didalam hatinya, maka sesungguhnya akan lekat pula padanya amalan mazmumah yang lain seperti takbur, riya’ dan sebagainya.oleh itu, syukur itu haruslah bersamanya tawadduk iaitu merendah diri kepada Allah tanpa ada perasaan lain yang masuk kedalam hati.
Bersyukur bukan hanya dari segi nikmat kebendaan semata-mata. Terdapat banyak perkara yang wajib disyukuri. Contohnya bersyukur dengan nikmat iman dan islam. Kita manusia hanya mampu mencipta pelbagai alat namun, untuk mencipta nilaian iman dan islam di dalam hati amatlah mustahil. Itulah kudrat Allah yang  menghendaki sama ada di titik  maku kita berada. Mampukah kita membina hidayah, sedangkan kekasih Allah yang amat tinggi darjatnya disisi Allah juga tidak mampu memberi hidayah kepada insan lain, kepada bapa saudaranya sendiri? Apa yang akan terjadi jika kita tidak lahir dalam keluarga Islam? Mungkinkah kita akan menerima hidayah Allah untuk melazimi segala amalan yang diredhaiNya?
Kita juga wajib bersyukur dengan nikmat kebahagiaan didalam kehidupan kita. Tidaklah semua orang itu dilahirkan didalam keluarga yang bahagia, ada yang terpaksa meraku hidup didalam keluarga yang berpecah-belah. Melazimi keluarga yang tidak bahagia merupakan ujian dari Allah, menimbang tara maku iman kita. Mereka yang diuji juga wajib bersyukur dengan nikmat ujian kerana nikmat ujianlah yang akan mendekatkan hambaNya kepada Rabbnya. Insan  dibina dari perkataan na-si-a yang bererti lupa. Perilaku insan yang sentiasa bersifat lupa pada Allah diingatkan Allah dengan adanya ujian yang akan menyebabkan manusia itu kembali kepadaNya.
Nikmat Allah tidak akan terhitung banyaknya. Kita tidak akan berjaya membilang hingga habis kerana nikmatNya terlalu luas. Manusia yang mencuba untuk mengira nikmatNya akan gila kerana setiap sesuatu itu adalah nikmat Allah. Begitu juga dengan nikmat ilmu. Kita wajib bersyukur dengan ilmu yang ada pada kita kerana tanpanya manusia akan hidup terkontang kanting. Ilmu merupakan sesuatu yang bernilai. Letaknya pada hati dan akal. Dua lagi nikmat Allah yang manusia lupa untuk syukuri. Tanpa ilmu, manusia tidak mampu bernafas didunia Allah ini kerana kejahilan dan dunia ini akan musnah.
Lihatlah pada kejadian kita sebagai manusia. Sesungguhnya apa yang dicipta Allah itu terlalu sempurna hingga tidak terfikir oleh akal. Bagaimaku kita melihat indahnya perciptaannya, begitulah terlalu banyak yang wajib disyukuri oleh kita selaku manusia. Nikmat panca indera contohnya, terlalu sukar untuk digambarkan bagaimaku proses perciptaannya. Kita kadangkala lupa, nikmat yang diberi oleh Allah itu berada dihadapan mata. Tapi kita pula asyik melihat kejauh saku untuk mencari nikmat Allah.
Kesyukuran wajib dipanjatkan kepada Allah kerana kita hidup dinegara yang aman. Alhamdulillah, perpaduan yang disemai masih utuh walaupun mungkin pada perkara keduniaan, kita telah banyak bertikam lidah, namun bila berhadapan dengan masalah diniah, kita akan sama-sama sepakat dan ini menyebabkan kita tidak rapuh didalam kenikmatan perpaduan yang dikurniakan Allah. Sepertimaku yang pernah terjadi dalam sejarah Islam dimaku Allah nukilkan didalam surah Ali Imran ayat 103, dimana Allah pereratkan hubungan Aus dan Khazraj walaupun mereka sebelum berlakunya hijrah berbunuh-bunuhan antara satu sama lain, walaupun mereka pernah berdengki-dengkian, namun, Allah mengindahkan hubungan mereka dengan kecantikan perpaduan.
Allah menyuruh kita sentiasa hidup dalam keadaan syukur dan tidak sombong berjalan dibumi Allah ini kerana Allah amat murka dengan manusia yang tidak tahu bersyukur dan hidup dalam kepura-puraan. Oleh itu, manusia disuruh berdoa selalu, melazimi solat dan bertaqwa kepada Allah. Kita sentiasa diingatkan oleh Allah untuk bersyukur kerana kita sentiasa lupa jika tidak diingatkan. Terlalu banyak nikmat Allah yang manusia lupakan sedangkan nikmat itu berada dihadapan mata .

No comments:

Post a Comment