Friday, January 21, 2011

sedekah itu peluang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Amalan sedekah merupakan suatu amalan yang tidak dapat dinafikan fadhilat dan kebaikan yang secara terang-terangan dilakarkan Allah di dalam firmanNya yang terus mendapat tindakan dan merintis kepada sebuah perjuangan dan pengorbakun yang amat agung untuk agama Allah yang haq ini oleh para khulafa’ ar- Rashidin .
Allah menurunkan ayat tentang sedekah kepada Rasulullah SAW, Waktu itu, kita dapat amati kesungguhan para sahabiat nabi yang percaya tanpa ragu tentang fadhilat amalan ini walau ketika itu masing-masing  bersiap untuk menghadapi Perang Tabuk. Seruan ini disambut oleh Abdul Rahman bin Auf dengan menyedekahkan kepada Islam separuh dari hartanya dan menahan separuh lagi kepada keluarganya. Tindakan itu  dijawab Rasulullah dengan menyatakan bahawa tindakan itu akan diberkati oleh Allah samaada dengan keadaan menahan harta itu atau mengeluarkan ke jalan Allah.
Kemudian tiba pula Saidina Uthman bin Affan mengeluarkan infaqnya berbentuk peralatan dan pakaian bagi orang yang belum memilikinya. Adapun Ali bin Abi Thalib ketika itu hanya memiliki empat dirham. Ia pun segera menyedekahkan satu dirham waktu malam, satu dirham di siang hari, satu dirham secara terang-terangan, dan satu dirham lagi secara diam-diam.
Begitulah tingginya darjat pemberi sedekah. Dijanjikan bermacam-macam kebaikan jika menginfakkan harta kejalan Allah bagi mendapat redha Allah semata-mata bukanlah dengan sebab yang lain.
DALIL SEDEKAH:
Dalil Al-Qur`an :
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” (Surah Al-Baqarah [2] : 245).
Dalil As-Sunnah :
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa memberi makan orang yang lapar, Allah akan memberinya makakun dari buah-buahan syurga. Barangsiapa memberi minuman kepada orang yang dahaga, pada Hari Kiamat nanti Allah akan memberinya minuman syurga yang amat lazat (ar-rahiq al-makhtum), dan barangsiapa memberi pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian, Allah akan memberinya pakaian syurga yang berwarna hijau (khudhr al-jannah).” [HR. Abu Daud; no. 1432; At-Tirmizi; no. 2373].
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 254 
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir; seratus biji Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui,” demikian firman-Nya (QS. Al-Baqarah [2] : 261.
TAKRIF SEDEKAH
Sedekah berasal dari perkataan Arab iaitu, shadaqah yang bererti suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.  Ia  juga boleh diberi pengertian sebagai suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap redha Allah SWT dan pahala semata-mata. Sedekah dalam pengertian di atas oleh para fuqaha (ahli fiqh) disebut sadaqah at-tatawwu’ iaitu  sedekah secara spontan dan sukarela.
Menurut istilah ulama’, perkataan sedekah mempunyai kaitan rapat dengan istilah hibah, hadiah dan zakat. Ini dapat dikesan dengan pembicaraan mengenai takrif sedekah itu sendiri. Umpamanya, Imam Nawawi ketika menghuraikan takrifan sedekah itu, menggandingkan perkataan hibah, hadiah dan  sedekah  dengan katanya, hibah menurut istilah syarak, memberi milik tanpa sebarang ganjaran.  Jika seseorang memberi milik kepada seseorang yang lain dengan niat hanya mendapat ganjaran pahala di akhirat semata-mata, maka itu merupakan sedekah. Sebaliknya, jika diberi milik dengan tujuan penghormatan, maka, ia merupakan hadiah.
Ibn Hajar pula menggandingkan sedekah dengan zakat. Namun, ada pandangan ulama’ yang membantah dari apa yang diusulkan olehnya. Secara kesimpulannya, sedekah boleh kita fahami dengan memberi hak milik kepada seseorang dengan tujuan mendapat redha dan balasan pahala daripada Allah taala semata-mata. Hal ini bukanlah dikhususkan oleh para ulama’ sebagai pemberian harta semata-mata hingga membuatkan orang senang dengan kita juga dianggap sebagai sedekah.
KONSEP SEDEKAH
Terdapat banyak konsep utama yang terdapat dalam  sedekah. Yang paling penting ialah dengan memberikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92). 
Seterusnya dengan mencari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat yakni dengan menyakinkan dunia ini adalah untuk akhirat, bukan untuk dunia semata-mata.
Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli atau perniagaan.
Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Selebihnya mungkin makan gaji. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amakuh. 
Peniaga amakuh akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makakun orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa.
Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.”
Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).”  
Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. 
Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.  Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahka lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.
Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksakuan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim. Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan juga di antara manusia sesama manusia.
Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)
HUKUM SEDEKAH
Para fuqaha bersepakat hukum sedekah pada dasarnya adalah sunat, iaitu mendapat pahala apabila dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Di samping sunat, adakalanya hukum sedekah menjadi haram iaitu apabila seseorang yang bersedekah mengetahui dengan pasti bahawa orang yang bakal menerima sedekah tersebut akan menggunakan harta sedekah untuk kemaksiatan. Memberi wang kepada pengemis juga dianggap bersedekah. Maka, hukumnya sunnah, kerana bersedekah hukum asalnya sunnah. Dr. Wahbah az-Zuhaili berkata, “Sedekah tathawwu’ (sedekah sunnah/bukan zakat) dianjurkan (mustahab) dalam setiap waktu dan hukumnya sunnah berdasarkan Al-Qur`an dan As-Sunnah.” [Dr. Wahbah Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adilatuhu, 3/389].
Namun demikian, hukum yang asalnya merupakan sunnah ini, boleh berubah mengikut keadaan. Sedekah juga boleh menjadi wajib. Misalnya terdapat seorang pengemis yang dalam keadaan darurat (mudhthar), yakni ia sedang kelaparan dan tidak mempunyai makakun sedikit pun, sedangkan pemberi sedekah mempunyai lebihan makakun setelah keperluannya mencukupi buat dirinya sendiri. [Dr. Wahbah Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adilatuhu, 3/390].
Dalam keadaan seperti ini, sedekah tersebut, wajib hukumnya. Sebab, tiada cara lain untuk menolongnya kecuali bersedekah, maka sedekah tersebut menjadi wajib, bersesuaian dengan kaedah fiqh : “Maa laa yatimmul wajibu illa bihi fahuwa wajib.” (Jika suatu kewajipan tidak terlaksaku kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu wajib pula hukumnya). [Saifuddin Al-Amidi,Al-Ihkam fi Ushul Al-Ahkam, 1/111].
Sedekah juga boleh menjadi haram hukumnya, jika diketahui pengemis itu akan menggunakan sedekah itu untuk kemaksiatan. [Dr. Wahbah Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adilatuhu, 3/390]. Misalnya, pengemis tersebut menggunakan wang itu untuk berjudi, berzina atau minum arak. Hukum bersedekah dalam keadaan sebegini adalah haram, kerana ia telah menjadi perantaraan yakni wasilah kepada yang haram. Kaedah fikh menyebutkan; “Al-Wasilah ila al-haram haram.” (Segala perantaraan yang menuju kepada yang haram, haram hukumnya). [M. Shidqi al-Burnu,Mausu’ah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, 12/200].
Bersedekah kepada pengemis juga menjadi haram sekiranya diketahui pengemis itu tidak termasuk orang yang boleh mengemis yakni orang yang meminta-minta, misalnya bukan orang miskin. Dalam permasalahan ini, terdapat dalil khusus yang mengharamkan meminta-minta, kecuali untuk tiga golongan tertentu.
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam; “Meminta-minta tidaklah halal kecuali untuk tiga golongan : orang fakir yang sangat sengsara (zi faqr mudqi’), orang yang dikelilingi hutang (zi ghurm mufzhi’), dan orang yang berkewajipan membayar diat (zi damm muuji’).” [HR. Abu Daud; No. 1398; At-Tirmizi; No. 590; Ibnu Majah; No. 2198]. [Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, hal. 194].
Jadi, kalaulah seorang pengemis itu bukan orang miskin, haram baginya meminta-meminta. Demikian pula pemberi sedekah, haram memberikan sedekah kepadanya, jika dia mengetahuinya. Dalam situasi ini, pemberi sedekah turut melakukan keharaman, kerana dianggap membantu pengemis tersebut melakukan perkara haram. Kaedah fikh menyebutkan : “Man a’aku ‘ala ma’shiyyatin fahuwa syariik fi al itsmi” (Barangsiapa membantu dalam suatu kemaksiatan, maka dia telah bersekutu dalam berbuat dosa akibat kemaksiatan itu). [Syarah Ibnu Bathal, 17/207]. Wallahu a’lam.
Terakhir ada kalanya juga hukum sedekah berubah menjadi wajib, yaitu ketika seseorang bertemu dengan orang lain yang sedang kelaparan hingga dapat mengancam keselamatan jiwanya, sementara dia mempunyai makakun yang lebih dari apa yang diperlukan saat itu. Hukum sedekah juga menjadi wajib jika seseorang bernazar hendak bersedekah kepada 
seseorang atau lembaga.
KESEMPURNAAN SEDEKAH
Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’.  Sedekah yang tidak sempurna pastinya tidak menjanjikan kehebatan beribadah.Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah. 
Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah bukannya didasari dengan riya’.
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)
Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat.
sudah tentu bermuamalat dengan barang yang syubhat tidak boleh diterima kerana ia bukannya sesuatu yang memang menjadi miliknya yang pasti. Barangan yang syubhat tidak boleh dipindah milik.
Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak. 
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)
“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.
Keempat: Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.
“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. 
“Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada takuh di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertakuh lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264)
Kelima: Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kakun yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.
“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).
Keenam: Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).
Ketujuh: Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.
“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).
Ayat itu menjawab dua soalan pokok, iaitu apa yang harus disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.
Walaupun pemikiran kebanyakan umat Islam masih menghubungkaitkan sedekah dengan kebendaan, renungkan sepotong ayat Allah (yang juga ajaran Rasul yang wajib) berbunyi: “…tentang sedekah dan orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan tenaganya (usaha mereka)” (At Taubah – 79)
Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa.
Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksakukan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. ‘Senyum itu adalah sedekah’ (maksud hadis).
KELEBIHAN SEDEKAH SUNAT
Amalan yang sangat dituntut pada Ramadan ialah bersedekah. Hal ini dijelaskan Abu Hurairah: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Ya Rasulullah, tolong terangkan kepada saya, sesuatu amal yang apabila saya melakukannya, akan menyebabkan saya masuk syurga. Baginda menerangkan, berilah makan (fakir miskin dan akuk yatim), amalkan selalu memberi salam, eratkan silaturahim dengan membantu kaum kerabat dan kerjakan sembahyang tahajud pada waktu malam ketika orang ramai tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan aman sentosa.” (riwayat Imam Ahmad)
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah)
Terselamat daripada bala bencaku. Akus bin Malik menjelaskan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencaku tidak dapat melangkahi sedekah.” (riwayat Baihaqi)
Seseorang itu akan dipanjangkan umur dan dicegah baginya kematian yang buruk. Amru bin Auf menceritakan: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)
Dosa seseorang itu dihapuskan Allah. Hal ini dijelaskan oleh Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api.” (riwayat Abu Ya’la)

Amalan bersedekah amat dituntut didalam kehidupan muslim. Tanpanya  tidak akan meningkatnya tingkatan ubudiah hamba kepada Rabbnya, tidak akan tersuburnya nilai kasih sayang  antara manusia sesama manusia  dan akan hilanglah nilai keprihatinan kita kepada persekitaran yang telah lama tersubur.
Sikap prejudis manusia hari ini yang menganggap semakin banyak harta yang diinfaqkan, maka semakin berkuranglah harta yang berada didalam milikan manusia itu wajar dibuang dari akar umbinya. Sikap itu hanya dorongan dari kesesatan dan keraguan didalam hati oleh syaitan laknatullah.

No comments:

Post a Comment