Friday, January 21, 2011

budak sombong!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Bismillahirahmanirahim. Selawat dan salam keatas junjungan nabi kekasihkita semua, Nabi Muhammad a.s.  para sahabat sahabat baginda yang agung . semoga kita semua lebih baik dari segala har-hari yang sudah berlalu.
Pertama-tamanya, ingin sekali aku kemukakan persoalan yang buat aku tertanya-tanya sehingga saat ini.. dimaku letaknya kerendahan hati kita, sekalipun kamu malu dianggap nerd didepan manusia, namun bagi aku nerd dihadapan Allah adalah wajib! Bukan wajar! Tapi wajib!.. kamu boleh bermegah, tanpa kamu ingat dunia yang kita singgah ni Allah dah letakkan CCTV.. CCTV yang paling canggih. Sampai ke setiap saraf kita dia leh bagi kita tahu. Kamu ade CCTV camtu?
Aku sedih. Andai aku tahu ada yang berfikiran begitu. Berfikiran aku kuat! Berfikiran aku tak mati!
Sombongnya kamu.. angkuhnya kamu. Kamu fikir Allah itu siapa?? Kawan kamu yang mampu kamu kecilkan?? Allah ada berfirman mafhumnya..
“DAN BILA DIA BERKATA JADI! MAKA JADILAH!”
Manusia yang sombong mampu berkata:
“Aku hal aku, kau hal kau. Kubur pun asing-asing”
“kau nak tegur-tegur aku, kau fikir kau perfect ke?”
“aku tak nak jadi hipokrit! Aku nak jadi diri aku! Kalau kau nak buat camtu suka hati kaulah. Aku tak kacau kau, jangan pulak kau nak kacau aku”
Duhai hati.. fitrah Allah jadikan kamu itu suci.. Allah jadikan kamu murni.. Allah jadikan kamu baik.. Allah tidak pernah mengatakan fitrahmu melawan arus. Mungkin kamu terlalu sombong, terlalu kecewa.. hingga kamu mengatakan baik itu hipokrit. Masya Allah… kenapa kamu menjadikan diri kamu itu.. BUSUK  ! Padahal asal kamu itu wangi??
Aku pernah  singgah bilik sahabat aku. Ketika tu berhenti sekejap sebelum mendaki satu lagi bukit yang tak berapa tinggi. Bila aku sudah menyarungkan stokin untuk keluar, tiba-tiba dia berkata..
“ saya tak pakai stokin. Tak nak jadi hipokrit. Cukup dengan menjadi diri-sendiri”.
Komen yang aku jauh sekali pinta. Aku tersenyum. Mahu menjawab aku takut dia terasa. Rasa kerdil untuk menjawab kata-kata seorang yang lebih tua. Terus aku betulkan tudung dan keluar. Bersalah keraku tidak tegur. Tapi aku seorang yang mudah diperkenakan. Itu mungkin yang aku harus pelajari.bagaimaku mengurus peribadi.
Fitrah kita baik. Tapi kenapa manipulasikan fitrah itu dengan hipokrit. Pandanganmu sudah terbalik. Kita ini baik..jangan burukkan rekod kita dihadapan Allah. Jangan sekali-kali mengatakan kita ini jahat.

http://i3.photobucket.com/albums/y65/bluemarvy/paint7.jpg

Persediaan bagi mereka yang sombong:
1)      Belilah antivenom selangkapnya untuk menahan segala bisa ular didalam kubur. Beli kat farmasi maku–maku. Erm.. kalau jumpalah kan?..Namun.. susah sikitlah sebab dah dalam kubur, terpaksa minta tolong dari kekawan pula.. terpaksalah yang sombong akan menjadikan prinsip mereka.. kau kau aku aku tu sebagai satu gurauan.. tapi… boleh ke??
2)      Cctv? Rosakkan CCTV Allah ni. Tapi boleh ke?? Mampukah korang?erm…berfikirlah panjang-panjang sikit. Takut tak kesampaian pulak.
3)      Atau last chance..
“ rendahkan dirimu dihadapanNya. Kembali kepada fitrah kamu.. jangan sombong! Ala, apalah sangat hinaan orang kat dunia tentang kekolotan saya seorang budak bertudung labuh jika dibandingkan dengan perlindungan yang Allah janjikan diakhirat kelak.”
Dan banyak lagi cara !!!
Insya Allah..
Disebalik wajahmu tanpa make up dan hanya air wudhu’ jadi masker kamu.. Allah serikan wajah kamu  dihari akhirat..
Disebalik tudung kamu yang labuh tanpa fesyen terkini yang jarang dan lebih singkat dari paras dada.. Allah balutkan tubuhmu dengan lindungan api neraka.
Disebalik airmatamu menangis kerana kamu sudah mengeluarkan sahabat kamu dari jerat dunia.. Allah balasi dengan keindahan syurga..
Subhanallah.. aku mahu menjadi penghuni syurga..
Aku tahu kamu pun begitu!

No comments:

Post a Comment